Showing posts with label Tribute to mother. Show all posts
Showing posts with label Tribute to mother. Show all posts

Thursday, May 1, 2008

Ibu: sempena hari ibu 11 Mei 2008

Kepada rakan-rakan yang masih mempunyai IBU... From: Yusri Razalli

''Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!"

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini,tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.
Amatlahberdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utaratanah air.

Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar.
Kehadiran surat
Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi. Kisah Adi
akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargai ibu
juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada
tandingannya di dunia ini.

Begini kisah Adi: "Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
"Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.

"Bapasaya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung. "Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya.
"Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati.
"Sepertibiasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.
"Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal dikampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.

"Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.
"Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan.
"Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.

"Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar.
"Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.

"Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.

"Kebanyakanmasa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak- anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri.
"Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut- turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.

"Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak."Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?

"Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.
"Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Sayajelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.

"Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal.
"Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.

"Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorangdiri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah."Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.

"Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu..
"Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringat kenapa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.

"Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.
"Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan.Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu.. Alhamdulillah. ..'' begitu Adi menutup kisahnya.

Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adi berulang kali. Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang saya mengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dan kesilapannya terhadap ibu tersayang.
Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.

Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibu bapa. Hargailah mereka.

Menutupkata: Keindahan adalah budi pekerti. Kebaikan adalah kebajikan dan keluhuran budi dan keelokkan itu adalah cara bagaimana kita bermain dengan akal. Salam.

Tuesday, April 1, 2008

Cerita sedih

Kepada yang mempunyai orang gaji (maid) dan yang sedang memikirkan untuk mengambil orang gaji. Juga kepada yang tidak mempunyai orang gaji tetapi mempunyai anak-anak kecil... (termasuk teman ler...)


Cerita sedih

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerjabermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibelibapanya,ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.

Suatu hari dia melihat sebatang paku karat.Dia pun mencoret semen tempat mobil ayahnya diparkirkan tetapi kerana lantainya terbuat dari marmer, coretan tidak kelihatan. Dicobanya pada mobil baru ayahnya. Ya... kerana mobil itu bewarna gelap, coretannya tampak jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativitasnya. Hari itu bapak dan ibunya bermotor ke tempat kerja kerana macet ada perayaan Thaipusam. Setelah penuh coretan yang sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri mobil. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu berlangsung tanpa disadari si pembantu rumah.Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran angsuran.

Si bapak yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerjaan siapa ini?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !" "kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yang kau lakukan?" hardik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari kamarnya. Dengan penuh manja dia berkata "Ita yang membuat itu abahhh.. cantikkan!" katanya sambil memeluk abahnya ingin bermanja seperti biasa.Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon bunga raya di depannya, terus dipukulkannya berkali2 ke telapak tangan anaknya.Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah terbengong, tidak tahu hrs berbuat apa?.
Si bapak cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Setelah si bapak masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar. Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka2 dan berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia ikut menangis. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan saat luka2nya itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapak sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Oleskan obat saja!" jawab tuannya, bapak si anak. Pulang dari kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang menghabiskan waktu di kamar pembantu. Si bapak konon mau mengajar anaknya.Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibujuga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Kasih minum panadol ," jawab si ibu. Sebelum si ibu masuk kamar tidur dia menjenguk kamar pembantunya.Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup lagi pintu kamar pembantunya.Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahwa suhu badan Ita terlalu panas. "Sore nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di rawat inap doktor memanggil bapak dan ibu anak itu. "Tidak ada pilihan.." katanya yang mengusulkan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu parah. "Ia sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.Si bapak dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan.Si ibu meraung merangkul si anak.Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapak terketar-ketar madandatangani surat persetujuan pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang suntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga heran2 melihat kedua tangannya berbalut kasa putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tidak akan melakukannya lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat.
Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeris. "Abah.. kembalikan tangan Ita. Untuk apa ambil.. Ita janji tidak akan mengulanginya lagi! Bagaimana caranya Ita mau makan nanti? Bagaimana Ita mau bermain nanti? Ita janji tidak akan mencoret2 mobil lagi," katanya berulang-ulang. Serasa copot jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya. *"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.."

*SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

Friday, January 11, 2008

Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat



Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary memegang pingat Tokoh Maal Hijrah Tahun 1429H yang diterima suaminya, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, semalam. – Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI.





Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat
Oleh HELMI MOHD FOAD, Utusan Online.
PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.
‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.
‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.
‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.
Perniagaan
Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.
Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.
Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.
Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.
Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.
Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya.
‘‘Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,” katanya.
Kejayaan
Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah.
‘‘Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.
‘‘Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.
‘‘Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,” katanya.
Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.
‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.
‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,” katanya.
Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.
Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.
Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.
‘‘Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.
Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.
Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.
Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.
‘‘Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap... macam mana boleh macam ini,” katanya.

Thursday, November 22, 2007

Rahsia Ibu Mithali didik 15 anak hingga ke universiti


Rahsia Eshah didik 15 anak hingga ke universiti
Oleh Norila Daud


IBU MITHALI... Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (kiri) memakaikan selendang khas kepada Eshah Din, 70, yang dipilih sebagai Ibu Mithali 2007 berikutan keupayaannya membesarkan 17 orang anak sehingga berjaya pada majlis penganugerahan Ibu Mithali Ibu Sejati di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Raja Jaafar Ali.
________________________________________

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seorang penoreh getah miskin, Eshah Din, 70, yang membesarkan 17 orang anaknya dengan memberi mereka makan pisang lenyek bercampur nasi dinobatkan sebagai Ibu Mithali 2007.
Seramai 15 orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
Eshah yang memenangi Anugerah Ibu Mithali dengan menewaskan empat calon lain menerima hadiah wang tunai RM25,000, plak, naskhah al-Quran, pakej umrah, sijil simpanan premium RM1,000, barang-barang kemas bernilai RM8,000, loket, selendang dan jubah.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah menyampaikan anugerah dan hadiah-hadiah tersebut kepada Eshah yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah.
Seramai 4,000 tetamu turut menyaksikan acara bersejarah itu yang menobatkan Eshah sebagai penerima Anugerah Ibu Mithali Kesembilan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Eshah yang berbaju kurung dan bertudung serba hijau diiringi suaminya, Sulaiman Saipin, 74. Sulaiman ialah penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2006.
Seramai 10 orang anaknya bersama keluarga masing-masing turut meraikan kejayaan ibu mereka yang kelihatan tabah dan masih cergas walaupun telah berusia 70 tahun.
Eshah yang ditemui selepas acara penganugerahan itu berkata, kesemua 16 anaknya diberikan makan pisang lenyek bercampur nasi ketika mereka berusia empat bulan kecuali anak bongsunya, Nurhana, kini 27, yang berpeluang makan ‘Nestum’.
“Masa dulu mana ada Nestum. Anak-anak saya diberi makan pisang lenyek dan nasi serta minum susu cap junjung,’’ katanya dalam loghat Jawa disambut gelak ketawa para wartawan.
Dengan hanya berpendapatan RM400 sebulan, ibu yang tidak pernah mengerti penat dan kecewa itu turut menjual mihun dan nasi lemak di estet tempat beliau dan suami bekerja sebagai penoreh getah bagi menambah pendapatan.
“Saya menjual mihun lima sen sebungkus kepada penoreh getah di estet selain menjual jamu yang dibuat sendiri,’’ katanya.
Menurut anak perempuan sulung Eshah, Rosilah, 45, walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan, ibunya tidak pernah merungut tentang kesusahan membesarkan anak-anaknya yang ramai itu.
Beliau berkata, ibunya tidak pernah jemu menemani bapanya menoreh getah di Ladang Malakoff dekat Tawar yang terletak lima kilometer dari Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah.
‘‘Ibu sanggup mendaki bukit untuk menoreh getah ketika mengandung sembilan bulan dan segala kepayahan ditanggungnya sendiri,’’ katanya sambil menitiskan air mata ketika menceritakan kepayahan ibunya menyara 17 adik-beradiknya.
Rosilah, seorang guru, kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur.
Di kalangan 17 adik-beradiknya, tujuh adalah guru, dua bekas anggota tentera, seorang pegawai kastam, seorang jurutera, tiga akauntan, seorang tukang masak, pegawai alam sekitar dan pengurus ladang.
Katanya, ibunya sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan tidak pernah merungut.
Semua masalah dan keperitan membesarkan anak-anak ditanggung sendiri.
‘‘Memang bukan mudah untuk membesarkan 17 orang anak,’’ katanya.
Sebagai anak perempuan sulung dan anak keenam, Rosilah berkata, beliau hanya membantu ibunya di rumah. Abang-abangnya pula menolong bapa menoreh getah di estet.
Makanan
Sementara itu, Eshah ditanya sama ada beliau pernah mengalami keadaan tidak cukup makanan untuk diagih-agihkan kepada 17 orang anaknya.
‘‘Apabila mereka bergaduh kerana berebut makanan yang dihidang, suami saya akan merotan dan melibas mereka kerana cara itu dapat mendisiplinkan mereka.
‘‘Kami berdua tidak makan tak apa asalkan mereka (anak-anak) cukup makan,’’ katanya yang kini mempunyai 80 cucu dan seorang cicit.
Ditanya bagaimana beliau mengajar anak-anak ketika mereka bersekolah, Eshah berkata: ‘‘Saya tidak bersekolah macam mana nak ajar... saya hanya memperingatkan mereka dan bapanya pula jika nampak (dakwat) ‘merah’ itu maknanya anak buat salah.’’
Menurut Eshah, kesemua 17 anaknya lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dengan baik dan 15 daripada mereka berjaya meneruskan pelajaran ke menara gading.
Mengenai rahsia kejayaan anak- anaknya dalam pendidikan, Eshah berkata, beliau sentiasa menyuruh anak-anak membaca buku apabila mereka balik dari sekolah.
‘‘Pada sebelah malam, mereka mesti ada di rumah. Saya tidak benarkan mereka tidur di rumah saudara-mara. Kalau susah biar kita sama-sama susah di rumah sendiri,’’ katanya.
Menurutnya, setelah mempunyai 12 orang anak, ada juga orang datang meminta untuk menjaga anak-anaknya tetapi beliau enggan menyerahkan mereka kepada orang lain.
Kini dua orang anaknya tinggal di luar negara iaitu seorang di New Zealand dan seorang lagi di Mesir.

Saturday, November 17, 2007

Allahyarhamah Bonda Halimah binti Yahaya




Hari ini genap setahun kepulangan bonda tercinta ke Rahmatullah pada 17 November 2006 bersamaan 25 Syawal 1427 Hijrah setelah hampir sepuluh tahun menghidap penyakit 'breast cancer'. al-Fatihah.

...to be continued

Entri terdahulu 'Tribute to mother'

'Ke makam bonda'

Friday, September 21, 2007

ANAK SOLEH

Assalamualaikum semua..

(Lagu Anak Soleh)

Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita
bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri
ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu
mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan
sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua
ibubapa kita.

Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam
diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat
Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa
dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu
beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada
hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda
rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para
jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan
pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.

Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran
mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian
menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan.
Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah
terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun
meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya,
apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati
jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid,
jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah
perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau > (Ustaz Abu Hassan
Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh
belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka,
mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri
oleh
Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk
melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik
beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung


bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi
makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna.
Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang
anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan
jenazah ibu mereka itu.

Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka,
mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak
hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.

Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani
sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan
mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan
bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku.
Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai
tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya
menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah
masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang

terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat
kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita
hadiahkan kepada ibubapa kita.

Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita
yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa/walid/baba dan
ibu/mama/emak/ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan
anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu
untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut
untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang
jenazah kita yang telah kaku?

Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan
juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan
didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada
anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas
tadi.

Wallahu'alam.


Sebenarnya ada seperkara lagi,

Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada
hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab anak
masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka
meninggal dunia, Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang
memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah
selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka.
Disamping memelihara hubungan baik dgn saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.

Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kita
juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa yg
ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas
sembahyang dan selalulah berzikir utk mereka.

Petikan ini di terima dari seorang sahabat ... renungkanlah agar kita
mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.

Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh
hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku
membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku
dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda
bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa
serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya.

Sajaknya berbunyi begini.

INILAH MASANYA

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS
DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab
aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah
aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering
menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan,
tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya
aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika
bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku.

Sekarang baru aku terpikir............ pernahkah rakan-rakanku
melayaniku seperti ibuku ? Aku tahujawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku
sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar
berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap
ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan
untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak
manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu
begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.

Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan
bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada
rakan-rakanku........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat
daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan
penyesalan.

Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!.... pernah kita bertindak
sedemikian????? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu????????
andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita,
ubahlah sebelum terlambat

Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ...
mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu ...

wassalam

Sabda Rasulullah saw:
Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala
akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua
pula"

Sunday, July 15, 2007

YOUR MOTHER

YOUR MOTHER

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to - after Allah,
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then your Father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night,
Holding you tight?
That’s right no other, my Mother

Who should I take good care of,
Giving all my love?
Who should I think the most of - after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then your Father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean your cut?
No one but, your Mother, your Mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to – after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then your Father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
My Mother

Say Alhamdulillah,
Thank you Allah
Thank You Allah for my Mother

By: Yusuf Islam, Friends and Childrens.
Album: I Look, I See
Reproduced and Distributed for Southeastasia by: SABA ISLAMIC MEDIA SDN. BHD.
www.saba.com.my

Tuesday, June 19, 2007

1234: ARIS ARIWATAN

1234: ARIS ARIWATAN

Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Thursday, June 14, 2007

EIGHT LIES OF MOTHER

Salam alaikum,

Bagi mereka yang masih mempunyai Ibu raikanlah mereka
dengan menjadi penyejuk hati bukan pemanas yang
menimbulkan kemarahan mereka. Hayatilah kasih seorang
ibu.

bagi yang telah ketiadaan ibu, berbaktilah kepada ibu
mertua seperti ibu kandung sendiri dengan itu keluarga
kita akan mendapat kebahagian rohani dan keberkatan
jasadi.

Bapak Azhar

EIGHT LIES OF MOTHER

1.The story began when I was a child; I was born as a
s on of a poor family. Even for eating, we often got
lack of food. Whenever the time for eating, mother
often gave me her portion of rice. While she was
removing her rice into my bowl, she would say "Eat
this rice, son. I'm not hungry". That was Mother's
First Lie

2.When I was getting to grow up, the persevering
mother gave her spare time for fishing in a river near
our house, she hoped that from the fishes she got, she
could gave me a little bit nutritious food for my
growth. After fishing, she would cook the fishes to be
a fresh fish soup, which raised my appetite. While I
was eating the soup, mother would sit beside me and
eat the rest meat of fish, which was still on the bone
of the fish I ate. My heart was touched when I saw it.
I then used my chopstick and gave the other fish to
her. But she immediately refused it and said "Eat this
fish, son. I don't really like fish." That was
Mother's Second Lie.

3.Then, when I was in Junior High School, to fund my
study, mother went to an economic enterprise to bring
some used-matches boxes that would be stuck in. It
gave her some money for covering our needs. As the
winter came, I woke up from my sleep and looked at my
mother who was still awoke, supported by a little
candlelight and within her perseverance she continued
the work of sticking some used-matches box. I said,
"Mother, go to sleep, it's late, tomorrow morning you
still have to go for work." Mother smiled and said "Go
to sleep, dear. I'm not tired." That was Mother's
Third Lie.

4.At the time of final term, mother asked for a leave
from her work in order to accompany me. While the
daytime was coming and the heat of the sun was
starting to shine, the strong and persevering mother
waited for me under the heat of the sun's shine for
several hours. As the bell rang, which indicated that
the final exam had finished, mother immediately
welcomed me and poured me a glass of tea that she had
prepared before in a cold bottle. The very thick tea
was not as thick as my mother's love, which was much
thicker. Seeing my mother covering with perspiration,
I at once gave her my glass and asked her to drink
too. Mother said "Drink, son. I'm not thirsty!". That
was Mother's Fourth Lie.

5.After the death of my father because of illness, my
poor mother had to play her role as a single parent.
By held on her former job, she had to fund our needs
alone. Our family's life was more complicated. No days
without sufferance. Seeing our family's condition that
was getting worse, there was a nice uncle who lived
near my house came to help us, either in a big problem
and a small problem.
Our other neighbors who lived next to us saw that our
family's life was so unfortunate, they often advised
my mother to marry again. But mother, who was
stubborn, didn't care to their advice, she said "I
don't need love." That was Mother's Fifth Lie.

6.After I had finished my study and then got a job, it
was the time for my old mother to retire. But she
didn't want to; she was sincere to go to the
marketplace every morning, just to sell some vegetable
for fulfilling her needs. I, who worked in the other
city, often sent her some money to help her in
fulfilling her needs, but she was stubborn for not
accepting the money. She even sent the money back to
me. She said "I have enough money." That was Mother's
Sixth Lie.

7.After graduated from Bachelor Degree, I then
continued my study to Master Degree. I took the
degree, which was funded by a company through a
scholarship program, from a famous University in
America. I finally worked in the company. Within a
quite high salary, I intended to take my mother to
enjoy her life in America. But my lovely mother didn't
want to bother her son, she said to me "I'm not used
to."
That was Mother's Seventh Lie.

8.After entering her old age, mother got a flank
cancer and had to be hospitalized. I, who lived in
miles away and across the ocean, directly went home to
visit my dearest mother. She lied down in weakness on
her bed after having an operation. Mother, who looked
so old, was staring at me in deep yearn. She tried to
spread her smile on her face; even it looked so stiff
because of the disease she held out. It was clear
enough to see how the disease broke my mother's body,
thus she looked so weak and thin. I stared at my
mother within tears flowing on my face. My heart was
hurt, so hurt, seeing my mother on that condition. But
mother, with her strength, said "Don't cry, my dear.
I'm not in pain." That was Mother's Eight Lie.

After saying her eighth lie, my dearest mother closed
her eyes forever!

Saturday, November 25, 2006

KE MAKAM BONDA

Ke Makam Bonda

Oleh: Allahyarham Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Friday, November 24, 2006

IBU: ALLAHYARHAM P RAMLEE

IBU: ALLAHYARHAM P RAMLEE

Ibu ibu engkaulah ratu hatiku
Bila du berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibi ibu engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih
Tiap waktu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air laut

Ibu ibu engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air laut

Ibu ibu engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih
Wahai ibu...

Thursday, November 23, 2006

UNTUKMU IBU

Untuk Mu Ibu

Oleh: Exist

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...

Monday, November 20, 2006

BUATMU IBU

Buatmu Ibu
Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com


Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana