Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, October 8, 2010

AMALAN SUNAT BULAN REJAB, SYA'BAN, RAMADHAN DAN SYAWAL

Salam Ramadan Kareem 1431H.

Artikel di bawah adalah petikan daripada kiriman seorang sahabat melalui e-mel berkenaan Amalan-amalan sunat dalam bulan-bulan Islam. Sumber asalnya tidak disebutkan. Mungkin diambil daripada buku "Amalan Harian Sepanjang Zaman" oleh al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus terbitan a-Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur.

Untuk bacaan lanjut berkenaan amalan-amalan sunat dalam bulan-bulan Islam, sila Klik Sini


BULAN REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,


Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.


BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.


Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.


BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya


BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :

Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.

Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Thursday, October 4, 2007

Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar




Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar
Dato' Dr Haron Din
Wed | Oct 03, 07 | 9:45:14 am MYT

Tazkirah Ramadan | Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya. "

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya
Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya.. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.

Sunday, August 12, 2007

Mukjizatnya Azan

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Saturday, July 14, 2007

"KEPENTINGAN ARAH KIBLAT DALAM IBADAT UMAT ISLAM"

"KEPENTINGAN ARAH KIBLAT DALAM IBADAT UMAT ISLAM"

Khutbah Jumaat - 18 MEI 2007
Source: http://www.jais.gov.my - Jabatan Agama Islam Selangor Powered by Mambo Generated: 26 May, 2007, 15:27

Sidang Jumaat yang dihormati Allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan
menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang sentiasa
bertakwa.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Menghadapi arah kiblat adalah aspek penting dalam syarak dan ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu dan solat sunat. Demikian juga urusan pengebumian jenazah muslim serta lain-lain ibadat yang disunatkan menghadap kearah kiblat.Dalam solat seluruh tubuh badan seseorang hendaklah menghadapi kearah kaabah yang terletak dimakkaratul mukarramah.

Terdapat beberapa hukum yang berkaitan dengannya iaitu:-

Wajib menghadapi kearah kiblat ketika menunaikan solat fardhu atau sunat, melakukan tawaf di baitullah dan meletakkan jenazah didalam liang lahad.

Sunat menghadapi kearah kiblat ketika membaca al-quran,berdoa,berzikir,tidur dan lain-lain aktiviti harian yang berkaitan.

Haram menghadapi kearah kiblat ketika membuang air besar atau kecil. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang) maka hadapkanlah muka kamu kearah masjid al-haram (kaabah), dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu kearahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka (ada sahaja
yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepadaku (semata-mata) dan supaya aku sempurnakan nikmatku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (kepada perkara yang benar)".

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Berijtihad menentukan arah kiblat adalah perlu dilakukan, bagi menyakini arah kiblat masjid, surau dan tempat-tempat yang hendak didirikan solat. Keempat-empat mazhab iaitu Khanafi,Maliki,Syafie dan Khanabali berpendapat, menghadap arah kiblat merupakan syarat sah solat. Bagi mazhab syafie terdapat tiga kaedah berhubung dengan syarat sah menghadap kiblat iaitu:


1- Bagi seseorang yang berada didalam masjidil haram samada nampak kaabah atau sebaliknya,maka wajib ia menghadap ke-kaabah dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh dipastikan dengan cara melihatnya atau menyentuh bagi orang cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada keyakinan.Menentukan kiblat dengan cara ini dinamakan "Kiblat Yakin".

2- Bagi seseorang yang jauh dari Baitullah iaitu berada diluar Masjidil Haram dan sekitar tanah suci mekah, hendaklah menghadap ke-arah masjid secara zonni sahaja dan bergantung kepada ijtihadnya. Kaedah ini diketahu melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk mekah.Menentukan kibalat dengan cara ini dinamakan "Kiblat Zonni".

3- Bagi seseorang yang berada diluar tanah suci mekah hendaklah menghadap ke-arah tanah suci mekah dengan tujuan menghadap masjidil haram atau kaabah. Cara ini adalah memadai untuk melaksanakan tuntutan syarak ketika mendirikan solat dan ibadat-ibadat lain.Rasulullah s.a.w bersabda :

"Baitullah (Kaabah) adalah kiblat bagi orang-orang yang didalam masjid (Masjidil Haram) dan masjid (Masjidil Haram) adalah kiblat bagi orang-orang yang tinggal ditanah haram (mekah) dan tanah haram (mekah) adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi, timur dan baratnya dari umatku".

Dalam khutbah hari ini berbagai-bagai persoalan boleh ditimbulkan berkaitan arah kiblat iaitu :

Adakah pasti solat kita menghadap kiblat yang tepat?.

Adakah arah kiblat dirumah atau bilik solat pejabat kita betul?

Adakah kaedah yang kita gunakan selama hari ini betul seperti arah terbenamnya matahari?

Apabila membicarakan tentang arah kiblat, marilah sama-sama kita memikirkan keadaan-keadaan yang berlaku berkaitan arah kiblat:

1- Terdapat sebahagian surau-surau atau tempat solat yang telah dibina tanpa terlebih dahulu mendapat pengesahan arah kiblat daripada pihak berkuasa agama negeri. Apabila surau atau tempat solat telah siap dibina dan digunakan, maka timbullah pertikaian sesama jemaah sehinggakan ada yang tidak mahu datang solat berjemaah.

2- Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang hanya mengukur sendiri arah kiblat berpandukan arah dikawasan lain. Perlu diingatkan disini bahawa arah kiblat disesebuah tempat adalah berbeza dengan tempat-tempat yang lain. Contohnya negeri selangor, arah kiblat secara umumnya ialah 292 darjat, yang membezakan setiap tempat adalah kepada nilai minitnya, contohnya nilai minit di shah alam 35 minit, manakala di sabak bernam ialah 19 minit.


Inilah perkara yang perlu dielakkan berlaku. Amalan ini tidak melambangkan tahap profesional dalam bekerja, surau yang dibina dengan harga beratus-ratus ribu malah mencecah jutaan ringgit, dengan ukiran seni binanya yang cantik, tetapi malang sekali, arah kiblat didalam dewan solat tidak tepat, ini memperlihatkan kelemahan imej agama kita.

Justeru, pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan surau atau masjid perlulah mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan arah kiblat ditentukan terlebih dahulu sebelum bangunan didirikan.

Perkara ini adalah amat penting dan perlu diberikan perhatian kerana sekiranya arah kiblat tidak diukur dengan tepat, maka kesannya amat besar, iaitu 1 darjah berganjak, maka terpesong dari kaabah sejauh lebih kurang 126 kilometer, manakala 1 minit berganjak akan terpesong sejauh lebih kurang 2 kilometer.

Kesan yang lain juga boleh menyebabkan ibadat solat yang akan didirikan setiap hari tidak mematuhi syarat-syarat sah solat antaranya ialah menghadap kiblat.

Sidang jumaat yang dihormati,

Betapa pentingnya arah kiblat dalam ibadat, maka minbar jumaat pada hari ini ingin menggesa seluruh umat islam dinegeri ini dapat menyemak kedudukan arah kiblat khususnya dirumah-rumah secara tradisional iaitu melalui 'Kaedah Istiwak matahari di kaabah" yang akan berlaku pada 28 Mei ini. Ia amat mudah dilaksanakan tanpa menggunakan sebarang kuasa.

Istiwak matahari atas kaabah atau dinamakan istiwak a'zam merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat diatas kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain dimuka bumi. Di Malaysia, istimewa akan berlaku dua kali setiap tahun iaitu pada ( 28 Mei, jam 5.16 petang) dan sekali lagi pada (16 Julai, jam 5.28 petang). Ini bukanlah bermaksud arah kiblat berubah dua tahun sekali. Kaabah tetap di
mekah al-mukarramah, cuma kita diberi peluang oleh allah s.w.t untuk menyemaknya secara tradisional.

Untuk melaksanakannya ;

1- Dirikan satu objek lurus seperti tiang atau kayu dikawasan lapang yang tidak terlindung daripada cahaya matahari.

2- Tetap pada masa tersebut, lihat kearah bayang objek berkenaan.

Oleh kerana matahari berada disebelah barat pada waktu petang , maka bayang objek akan jatuh kearah timur, untuk mengetahui arah kiblat, kita perlu melihat hujung bayang ke pangkal kayu/tiang, itulah arah ke kaabah (kiblat).

Untuk maklumat lanjut tuan-tuan boleh merujuk dengan pihak yang mempunyai kemahiran mengenainya atau berhubung dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Hadirin yang dihormati Allah,

Semoga kita dapat mengambil pengajaran bahawa amat penting bagi umat islam mengetahui kedudukan arah kiblat dengan tepat. Kita perlu mempelajari ilmu dan kaedah untuk menentukannya dengan bertanya kepada mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran. Itu semua penting bagi menjamin kesempurnaan ibadat sembahyang serta mendapat ganjaran pahala daripada amalan-amalan seharian.

"Kerapkali kami melihat engkau (wahai muhammad), berulang-ulang ........ ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah), dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu kearahnya".

Al-Baqarah ayat 144

Ya_Allah , engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera. Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Source: http://www.jais.gov.my - Jabatan Agama Islam Selangor Powered by Mambo Generated:26 May, 2007, 15:27

Friday, June 22, 2007

NIKMAT BERSEDEKAH

Nikmat bersedekah

Oleh KHAIROL ANUAR MASUAN

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI). Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah. Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Umar bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Abu Bakar yang bersedekah seluruh hartanya. Kita?

Sumber: www.utusan.com.my

Wednesday, June 6, 2007

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari
baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg
7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah
waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana
tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia
menyamai orang yang meyembah matahari.
Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7pagi dan ingin
mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.


2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada
tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan
kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang
bergeledak dan syaitan berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya
waktu zohor.


WAKTU AFDAL


Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas
azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada
orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat,
kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah
azan hingga 10.30malam.

Wallahualam.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....."

Sunday, June 3, 2007

ADAB ZIARAH ORANG SAKIT

ADAB ZIARAH ORANG SAKIT

Sebagaimana juga ibadat-ibadat lain yang mempuyai syarat dan rukun serta adab, maka menziarah orang sakit juga mempunyai adab yang tersendiri untuk diikuti agar ziarah itu mengikut kehendak-kehendak Islam.

Maka di antara adab-adab menziarah orang sakit itu ialah:

i) Jangan duduk terlalu lama disisinya kerana duduk terlalu lama itu adalah membawa kepada jemu sipesakit itu.
ii) Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga merasa sebagaimana ia merasakannya.
iii) Doakanlah baginya seperti dikatakan "Ya tuhanku, afiatkanlah/ sihatkanlah kiranya sahabatku ini", atau dikatakan baginya "semoga Allah menyembuhkan saudara dengan segera".
iv) Nasihatkan supaya bersabar kerana sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai cubaan semata-mata.
v) Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.

* Dipetik dari buku Hidup Bertakwa oleh al-Ustaz Hj. Ismail Kamus.

Saturday, June 2, 2007

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK

Dengan siapa kamu duduk
Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia
akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan
ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan
keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin,
Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan
redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah
Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan
muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan
ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan
bertambahlah beraninya berbuat dosa dan
menunda-nunda taubat.

Friday, June 1, 2007

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan 10 contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Fikir-fikirkan..

Thursday, May 31, 2007

MEMBANTU ORANG NAZAK

Assalammualaikum,

Pada hari Sabtu lepas (03 Sept 2005) Surau Darussaadah
di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum
mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.
Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang
ingin saya kongsi bersama rakan2
sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah
dalam'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut.
Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang
tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam
(setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).
Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah
nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz
sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan
segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang
sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alqurannya baik (dari
segi tajwid)untuk membaca surah Yasin- yang lain2 bole
bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak atau
pun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih
pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah
Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan
mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan
nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti,
dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila
ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4
kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap
"Laa ilaha illallah"lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas
yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan
kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita
dalam menghadapi sakaratul maut. Dan smoga kita
mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat
amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2
melalui ikutan adat.

Amiin.

Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara
utk kebaikan kita bersama.

Wassalam.

Monday, May 28, 2007

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua
orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa
hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti
yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang
lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat,
lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si
lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar
nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat
yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi
Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat
tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau
zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun
haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan
susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah
Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas
dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak
perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum
air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun
senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan
oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung
rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat/kaum wanita sekalian,
peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat
(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula
yang akan makan makanan yang dimasak.

Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati
minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak
gamak'kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang,
mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak
segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan
bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab
tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan
kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril
as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah
as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat,
solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah
orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir
& batinnya kerana amalan solatlah amalan yang
mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Saturday, May 26, 2007

"KEPENTINGAN ARAH KIBLAT DALAM IBADAT UMAT ISLAM"

"KEPENTINGAN ARAH KIBLAT DALAM IBADAT UMAT ISLAM"
() - - Last Updated ()

Khutbah Jumaat - 18 MEI 2007

Sidang Jumaat yang dihormati Allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan
menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang sentiasa
bertakwa.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Menghadapi arah kiblat adalah aspek penting dalam syarak dan ia merupakan antara syarat sah solat samada solat
fardhu dan solat sunat. Demikian juga urusan pengebumian jenazah muslim serta lain-lain ibadat yang disunatkan
menghadap kearah kiblat.Dalam solat seluruh tubuh badan seseorang hendaklah menghadapi kearah kaabah yang
terletak dimakkaratul mukarramah.

Terdapat beberapa hukum yang berkaitan dengannya iaitu:-

Wajib menghadapi kearah kiblat ketika menunaikan solat fardhu atau sunat, melakukan tawaf di baitullah dan
meletakkan jenazah didalam liang lahad.

Sunat menghadapi kearah kiblat ketika membaca al-quran,berdoa,berzikir,tidur dan lain-lain aktiviti harian yang berkaitan.

Haram menghadapi kearah kiblat ketika membuang air besar atau kecil. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang) maka hadapkanlah muka kamu kearah masjid
al-haram (kaabah), dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu kearahnya, supaya tidak ada lagi
sebarang alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka (ada sahaja
yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepadaku
(semata-mata) dan supaya aku sempurnakan nikmatku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah
(kepada perkara yang benar)".

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Berijtihad menentukan arah kiblat adalah perlu dilakukan, bagi menyakini arah kiblat masjid, surau dan tempat-tempat
yang hendak didirikan solat. Keempat-empat mazhab iaitu Khanafi,Maliki,Syafie dan Khanabali berpendapat,
menghadap arah kiblat merupakan syarat sah solat. Bagi mazhab syafie terdapat tiga kaedah berhubung dengan syarat
sah menghadap kiblat iaitu:

1- Bagi seseorang yang berada didalam masjidil haram samada nampak kaabah atau sebaliknya,maka wajib ia
menghadap ke-kaabah dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh dipastikan dengan cara melihatnya atau
menyentuh bagi orang cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada
keyakinan.Menentukan kiblat dengan cara ini dinamakan "Kiblat Yakin".

2- Bagi seseorang yang jauh dari Baitullah iaitu berada diluar Masjidil Haram dan sekitar tanah suci mekah, hendaklah
menghadap ke-arah masjid secara zonni sahaja dan bergantung kepada ijtihadnya. Kaedah ini diketahu melalui
pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk mekah.Menentukan kibalat dengan cara ini
dinamakan "Kiblat Zonni".

3- Bagi seseorang yang berada diluar tanah suci mekah hendaklah menghadap ke-arah tanah suci mekah dengan
tujuan menghadap masjidil haram atau kaabah. Cara ini adalah memadai untuk melaksanakan tuntutan syarak ketika
mendirikan solat dan ibadat-ibadat lain.Rasulullah s.a.w bersabda :

"Baitullah (Kaabah) adalah kiblat bagi orang-orang yang didalam masjid (Masjidil Haram) dan masjid (Masjidil Haram)
adalah kiblat bagi orang-orang yang tinggal ditanah haram (mekah) dan tanah haram (mekah) adalah kiblat bagi seluruh
penduduk bumi, timur dan baratnya dari umatku".

Dalam khutbah hari ini berbagai-bagai persoalan boleh ditimbulkan berkaitan arah kiblat iaitu :

Adakah pasti solat kita menghadap kiblat yang tepat?.

Adakah arah kiblat dirumah atau bilik solat pejabat kita betul?

Adakah kaedah yang kita gunakan selama hari ini betul seperti arah terbenamnya matahari?

Apabila membicarakan tentang arah kiblat, marilah sama-sama kita memikirkan keadaan-keadaan yang berlaku
berkaitan arah kiblat:

1- Terdapat sebahagian surau-surau atau tempat solat yang telah dibina tanpa terlebih dahulu mendapat pengesahan
arah kiblat daripada pihak berkuasa agama negeri. Apabila surau atau tempat solat telah siap dibina dan digunakan,
maka timbullah pertikaian sesama jemaah sehinggakan ada yang tidak mahu datang solat berjemaah.

2- Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang hanya mengukur sendiri arah kiblat berpandukan arah dikawasan lain. Perlu
diingatkan disini bahawa arah kiblat disesebuah tempat adalah berbeza dengan tempat-tempat yang lain. Contohnya
negeri selangor, arah kiblat secara umumnya ialah 292 darjat, yang membezakan setiap tempat adalah kepada nilai
minitnya, contohnya nilai minit di shah alam 35 minit, manakala di sabak bernam ialah 19 minit.

Inilah perkara yang perlu dielakkan berlaku. Amalan ini tidak melambangkan tahap profesional dalam bekerja, surau
yang dibina dengan harga beratus-ratus ribu malah mencecah jutaan ringgit, dengan ukiran seni binanya yang cantik,
tetapi malang sekali, arah kiblat didalam dewan solat tidak tepat, ini memperlihatkan kelemahan imej agama kita.

Justeru, pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan surau atau masjid perlulah mengambil tanggungjawab penuh
untuk memastikan arah kiblat ditentukan terlebih dahulu sebelum bangunan didirikan.

Perkara ini adalah amat penting dan perlu diberikan perhatian kerana sekiranya arah kiblat tidak diukur dengan tepat,
maka kesannya amat besar, iaitu 1 darjah berganjak, maka terpesong dari kaabah sejauh lebih kurang 126 kilometer,
manakala 1 minit berganjak akan terpesong sejauh lebih kurang 2 kilometer.

Kesan yang lain juga boleh menyebabkan ibadat solat yang akan didirikan setiap hari tidak mematuhi syarat-syarat sah
solat antaranya ialah menghadap kiblat.

Sidang jumaat yang dihormati,

Betapa pentingnya arah kiblat dalam ibadat, maka minbar jumaat pada hari ini ingin menggesa seluruh umat islam
dinegeri ini dapat menyemak kedudukan arah kiblat khususnya dirumah-rumah secara tradisional iaitu melalui 'Kaedah
Istiwak matahari di kaabah" yang akan berlaku pada 28 Mei ini. Ia amat mudah dilaksanakan tanpa menggunakan
sebarang kuasa.

Istiwak matahari atas kaabah atau dinamakan istiwak a'zam merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat
diatas kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain
dimuka bumi. Di Malaysia, istimewa akan berlaku dua kali setiap tahun iaitu pada ( 28 Mei, jam 5.16 petang) dan sekali
lagi pada (16 Julai, jam 5.28 petang). Ini bukanlah bermaksud arah kiblat berubah dua tahun sekali. Kaabah tetap di
mekah al-mukarramah, cuma kita diberi peluang oleh allah s.w.t untuk menyemaknya secara tradisional.

Untuk melaksanakannya ;

1- Dirikan satu objek lurus seperti tiang atau kayu dikawasan lapang yang tidak terlindung daripada cahaya matahari.

2- Tetap pada masa tersebut, lihat kearah bayang objek berkenaan.

Oleh kerana matahari berada disebelah barat pada waktu petang , maka bayang objek akan jatuh kearah timur, untuk
mengetahui arah kiblat, kita perlu melihat hujung bayang ke pangkal kayu/tiang, itulah arah ke kaabah (kiblat).

Untuk maklumat lanjut tuan-tuan boleh merujuk dengan pihak yang mempunyai kemahiran mengenainya atau
berhubung dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Hadirin yang dihormati Allah,

Semoga kita dapat mengambil pengajaran bahawa amat penting bagi umat islam mengetahui kedudukan arah kiblat
dengan tepat. Kita perlu mempelajari ilmu dan kaedah untuk menentukannya dengan bertanya kepada mereka yangberpengetahuan dan berkemahiran. Itu semua penting bagi menjamin kesempurnaan ibadat sembahyang serta
mendapat ganjaran pahala daripada amalan-amalan seharian.

"Kerapkali kami melihat engkau (wahai muhammad), berulang-ulang ........ ke langit, maka kami benarkan engkau
berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram (tempat letaknya
kaabah), dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu kearahnya".

Al-Baqarah ayat 144

Ya_Allah , engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat
dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri
selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera. Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami,
tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang
bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang
engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,
persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan
berkat.


http://www.jais.gov.my - Jabatan Agama Islam Selangor Powered by Mambo Generated:26 May, 2007, 15:27

Saturday, February 10, 2007

MURTAD SAMBUT HARI KEKASIH MIRIP AGAMA KRISTIAN

Salam...

Petikan drp akhbar Utusan Malaysia sedikit masa dahulu.
Sekadar ingatan.

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

KUALA LUMPUR 11 Feb. 2004 - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''
Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.
``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.
``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.
``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.
Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

Haram sambut Hari Kekasih
Feb 12, 2006
Bersama: MOHD FARID RAVI ABDULLAH
1. Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?

JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra: 32)
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.
Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.
Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.
Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.
Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.

Saturday, January 27, 2007

PANDUAN UNTUK MENJADI IMAM SOLAT

Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:

1)Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.

2)Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.

3)Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.

4)Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.

5) Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.

6) Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.

Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:

1)Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan ta�awwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak, dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.

2)Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas al-Fatihah sebelum rukuk.

3)Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.

Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga
perkara iaitu:

1) Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.

2) Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar meletakkan dahinya di tempat sujud.

3) Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.

Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah selesainya solat ada tiga perkara iaitu:

1) Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.

2) Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.

3) Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke
arah orang ramai.

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Pesanan Imam Al-Ghazali

YANG PALING DEKAT, PALING JAUH, PALING BESAR, PALING BERAT, PALING RINGAN DAN PALING TAJAM

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka
Jahanam .


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A’araaf 179 )


Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, January 23, 2007

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

BERKATA sahabat Nabi, Lukmanul Hakim kepada anaknya,
"Wahai anakku, apabila perutmu penuh dengan makanan,
maka akan matilah fikiran dan hikmah
kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi
malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah
kebersihan hati dan kehalusannya. Hati yang bersih
itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat
berzikir.

"Wahai anakku, kalau sewaktu kecil engkau rajin
belajar dengan tekun menuntut ilmu
sebanyak-banyaknya, maka apabila dewasa kelak kamu
akan memetik buahnya dan akan menikmati keenakannya.
"Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa
jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan
perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan
kamu akan kesudahan hidup di dunia yang fana ini.
Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan
nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa
senang dengan kehidupan dunia.

"Wahai anakku, aku sudah memikul batu-batu besar,
aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi aku
tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat
daripada tangan yang buruk perangainya.
"Wahai anakku, aku sudah merasakan segala makanan
yang pahit, tapi aku belum pernah merasakan sesuatu
yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan.

"Wahai anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan
bermacam-macam kesusahan serta kepayahan, tetapi aku
belum pernah mengalami yang lebih susah daripada
menganggung hutang."

Thank From : Khalid

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

Subject: KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah
swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin
paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang
melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.
Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok
itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas
dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala
Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya,
sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi
Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa
Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang
melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara
9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa
orang yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

JAGA DIRI, JAGA IMAN,
JAGA AMAL, JAGA SOLAT...

Sunday, January 21, 2007

7 PERKARA AMALAN RASULULLAH (SAW)

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum
subuh,melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu,
sholat subuh berjamaah.Hal ini memberi hikmah yg
mendalam antara lain - Berlimpah pahala dari Allah -
Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi
penyakit TB - Memperkuat pikiran
dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis
atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di
pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak
wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi
setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok
gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak
makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu
banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan
sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu
tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa
Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan
jihad,mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,
pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan
lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3
kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan
Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi
lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan
kesehatan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan
marah- Mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk
maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu
dari Syaithon- Segeralah berwudhu- Sholat 2 Rokaat
untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan
hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang
mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar,
istiqomah dan bekerja keras,serta tawakal kepada Allah
SWT.

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa,
mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan
preventif yang sangat tepat. ::Ya Allah,bersihkanlah
hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku
dengan sifat sifat mahmudah...::

Monday, January 15, 2007

NASIHAT IMAM SYAFIE MENCARI SAHABAT

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat

TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman
menangis tiada siapa yang sudi.

Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati.
Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati
tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan
tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat
dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau
selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang
tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika
itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia
padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku
peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat
yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa
berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah
yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan
iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun
bertepuk tangan. (kalau susah mereka menjauhkan diri,
takut kita banyak minta simpati tapi kalau kita senang
sikit mereka sakit hati - wahai sahabat dan keluarga
sendiri)

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain
ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka
tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat
dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka
mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang
menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri
hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak
sorai. (kalau kita hidup dalam kebahagian memang
begini, ada saja kata nista yang tak tahu dari mana
asalnya kesilapan kita ini, kalau ada terlebih sedikit
rezeki macam macam dah dicaci, tapi kalau hidup derita
tak ada orang nak tanya - wahai sahabat dan keluarga
sendiri )

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan
orang jahat.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik
aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan
orang jahat. (sebab itu lebih baik kita menyepi diri
dari bergaul dengan orang macam ini, itupun nanti kita
dikata, kita ini sombong diri

Entah kenapa kita susah nak kikis sikap dengki hati
dari diri..

Saturday, January 13, 2007

10 WASIAT DALAM BERAMAL

tazkirah ni diambil dr web kumpulan usahawan muslim.

http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/pengenalan.html

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang
serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmiah,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah
dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada
memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana
bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar
Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang
berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang
nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah
menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap
melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang
ditemui dan berkasih-sayanglah sesama mukmin .

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.