Tuesday, January 23, 2007

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

BERKATA sahabat Nabi, Lukmanul Hakim kepada anaknya,
"Wahai anakku, apabila perutmu penuh dengan makanan,
maka akan matilah fikiran dan hikmah
kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi
malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah
kebersihan hati dan kehalusannya. Hati yang bersih
itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat
berzikir.

"Wahai anakku, kalau sewaktu kecil engkau rajin
belajar dengan tekun menuntut ilmu
sebanyak-banyaknya, maka apabila dewasa kelak kamu
akan memetik buahnya dan akan menikmati keenakannya.
"Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa
jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan
perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan
kamu akan kesudahan hidup di dunia yang fana ini.
Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan
nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa
senang dengan kehidupan dunia.

"Wahai anakku, aku sudah memikul batu-batu besar,
aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi aku
tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat
daripada tangan yang buruk perangainya.
"Wahai anakku, aku sudah merasakan segala makanan
yang pahit, tapi aku belum pernah merasakan sesuatu
yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan.

"Wahai anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan
bermacam-macam kesusahan serta kepayahan, tetapi aku
belum pernah mengalami yang lebih susah daripada
menganggung hutang."

Thank From : Khalid

No comments:

Post a Comment