Saturday, January 13, 2007

10 WASIAT DALAM BERAMAL

tazkirah ni diambil dr web kumpulan usahawan muslim.

http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/pengenalan.html

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang
serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmiah,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah
dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada
memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana
bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar
Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang
berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang
nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah
menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap
melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang
ditemui dan berkasih-sayanglah sesama mukmin .

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.

No comments:

Post a Comment