10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau
sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam
seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang
tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah,
membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan
maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir,
mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap
warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT,
berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan
serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar
menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,
dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah
manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci
kemaksiatan.
Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar
ilmu ini tersebar dan
kita dapat bersama-sama mengamalkannya.
" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami
sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

No comments:
Post a Comment