Sunday, June 3, 2007

ADAB ZIARAH ORANG SAKIT

ADAB ZIARAH ORANG SAKIT

Sebagaimana juga ibadat-ibadat lain yang mempuyai syarat dan rukun serta adab, maka menziarah orang sakit juga mempunyai adab yang tersendiri untuk diikuti agar ziarah itu mengikut kehendak-kehendak Islam.

Maka di antara adab-adab menziarah orang sakit itu ialah:

i) Jangan duduk terlalu lama disisinya kerana duduk terlalu lama itu adalah membawa kepada jemu sipesakit itu.
ii) Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga merasa sebagaimana ia merasakannya.
iii) Doakanlah baginya seperti dikatakan "Ya tuhanku, afiatkanlah/ sihatkanlah kiranya sahabatku ini", atau dikatakan baginya "semoga Allah menyembuhkan saudara dengan segera".
iv) Nasihatkan supaya bersabar kerana sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai cubaan semata-mata.
v) Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.

* Dipetik dari buku Hidup Bertakwa oleh al-Ustaz Hj. Ismail Kamus.

No comments:

Post a Comment