Monday, May 28, 2007

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua
orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa
hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti
yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang
lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat,
lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si
lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar
nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat
yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi
Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat
tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau
zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun
haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan
susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah
Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas
dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak
perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum
air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun
senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan
oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung
rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat/kaum wanita sekalian,
peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat
(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula
yang akan makan makanan yang dimasak.

Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati
minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak
gamak'kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang,
mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak
segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan
bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab
tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan
kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril
as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah
as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat,
solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah
orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir
& batinnya kerana amalan solatlah amalan yang
mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

No comments:

Post a Comment