Sunday, May 27, 2007

Pasaraya UO (Uda Oceon)

Saya tinggal Pandan Jaya semenjak 12 tahun
lalu. Setiap hari minggu
saya akan membeli keperluan rumah di
pasaraya. Pada awal dulu, pasaraya yang paling mudah
untuk saya membeli belah
ialah di Ampang Point (Fairprice tapi kini
menjadi Giant) atau sesekali ke Fajar Spectrum
di Bandar Baru Ampang.

Namun, setelah Carrefour dibuka di Wangsa
Maju, saya kemudian
bertukar ke Carrefour kerana antara sebab
utama ialah ianya lebih
murah dan mudah parking.

Apabila TESCO mula beroperasi berdekatan
dengan tempat saya, maka
saya mula bertukar angin ke tempat yang
lebih dekat yang turut
memberi tawaran kemudahan yang hampir sama
dengan Carrefour.

Tetapi, di awal bulan Februari tahun ini,
satu pasaraya UO (dulu
nama Uda Ocean ) baru telah dibuka di
Galaxy Taman Dagang depan
IPD Polis Ampang Jaya. Pada mulanya saya ingin
mencuba tempat baru.
Tetapi selepas memeriksa tawaran harga,
saya dapati ianya tidak
banyak bezanya dengan dua gergasi pasaraya
luar negara (Tesco dan
Carrefour) walaupun berbanding dengan
Giant. Malah dengan kaedah
pembelian yang saya amalkan (iaitu membeli
barangan yang tahan lama
semasa jualan murah dan simpan stok, saya
dapati tawaran harga di UO
adalah lebih murah.

Kemudahan yang ada di Carrefour dan Tesco,
iaitu parking percuma
turut ada di UO. Apatah lagi, kebanyakan
tempat di Giant kena bayar parking.

Apa yang menjadi amat penting kenapa saya
akan tetap memilih UO di
samping sebab-sebab di atas ialah setelah
diselidiki, di UO tidak
ada dijual barangan TIDAK HALAL. Arak dan
daging babi tidak dijual.

Apabila saya selidiki lebih lagi baru saya
faham bahawa sebahagian
besar saham UO dimiliki oleh orang Melayu
Islam yang tidak mahu
bertanggung jawab atas penjualan
barang-barang HARAM.

Semoga dengan warkah ringkas ini saya dapat
memujuk saudara sekalian
untuk bertukar angin supaya memberi
sokongan padu kepada usahawan
Melayu terutamanya mereka ini peka untuk
tidak menjual arak. Bukan
bertukar sekadar ingin perubahan TETAPI
letakkan niat bertukar angin
(hijrah) itu untuk memberi sokongan kepada
pasaraya yang peka dengan
selera orang Islam dan tidak menjual
barangan haram. Dan jika niat
kita betul insha Allah, kita beroleh pahala
di samping berbakti.

WalLahu alam.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment