BERBELANJA UNTUK KEBERKATAN
*Disadur daripada e-mel kiriman sahabat.
Assalamualaikum,
Sebentar tadi saya menonton rancangan Halaqah di TV9. Topik yang menarik minat saya iaitu tentang duit. Banyak ilmu yang saya dapat tetapi bab mencari keberkatan dengan berbelanja memberi saya sedikit anjakkan paradigma.
Kebiasaan yang kita dengar kalau mencari rezeki biar
mendapat keberkatan. Wang yang kita terima kita
pastikan ia mesti dari sumber yang baik dan halal.
Tetapi jarang bagi kita melihat kemana perginya wang
yang kita perolehi itu. Bila ada perbelanjaan luar
jangkaan seperti terpaksa membaiki kereta yang
tiba-tiba buat ragam, saya kadang-kadang terfikir
mungkin ada rezeki aku yang tidak berkat? dan dalam
memikirkan pekara ini terasa saya lebih fokus kepada
dari mana wang itu datang bukan kemana wang itu
dibelanjakan.
Dalam setiap rezeki yang kita perolehi ada hak orang
lain. Islam menggalakkan kita menjadi kaya dan
berbelanja secara sederhana. Jangan jadi kedekut dan
jangan jadi boros.
Fikirkanlah untuk apa kita bekerja mencari rezeki?
Adakah untuk memenuhi kehendak nafsu diri sendiri?
Apabila mendapat wang kita pasti akan menggunakannya
untuk berbelanja. Keluarkanlah wang yang kita
perolehi itu untuk mendapat keberkatan.
Pasti kita berbelanja membeli lauk pauk di pasar.
Niatkan aku beli ini untuk isteri, anak dan
keluargaku agar mereka hidup sihat. Keluarkan
zakat, beri sedekah, simpan untuk ke Mekah, simpan
untuk pendidikan anak di masa hadapan. Saya rasa
perbelanjaan sebegini akan mendapat keberkatan.
Kalau wang yang kita perolehi digunakan untuk beli
nombor, pergi disko, hiburan sana sini....
keberkatan tak akan datang.
Salah satu soalan yang akan ditanya di akhirat nanti
ialah "harta kamu, dari mana kamu perolehinya dan
kemana kamu membelanjakannya" . Kemana wang kita
pergi harus kita perhatikan.
Islam menggalakkan umatnya menjadi kaya. Dalam Rukun
Islam disuruh kita keluarkan Zakat dan Pergi Haji.
Dua pekara yang memerlukan kita mengeluarkan wang.
Kalau kita miskin macam mana nak kita laksanakan 2
rukun ini? Mari kita berfikir bagaimana nak jadi
kaya dengan cara yang berkat agar dapat pula kita
mencari keberkatan dengan membelanjakan kekayaan
kita dengan cara yang diredai Allah.
Ustaz Hassan Din menyebut dalam rancangan Halaqah
tadi.. ada 2 sebab kenapa masyarakat kita tak kaya.
1. Tak tahu nak cari duit......
2. Tak tahu nak belanja kearah keberkatan.. ......
Fikir-fikirkanlah. .....
Yang saya faham... No 1. malas. No 2. membazir.
Terima Kasih kerana membaca.

No comments:
Post a Comment