
Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Salam. Terima kasih kerana berkongsi pesanan yang membuka mata ini.
ReplyDeleteSekadar ingin berkongsi petikan yang saya temui dan sangat-sangat saya suka. Menjadi panduan ciri-ciri lelaki yang dicari dan sebagai panduan sifat-sifat diri yang perlu diperbaiki, agar layak untuk lelaki sebegini, inshaAllah.
Lelaki Idaman Saya
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman.
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kercergasan.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Lelaki idaman saya adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.
Dialah lelaki idaman saya.
Terima kasih juga atas komen dan perkongsian. Artikel yang sangat bagus. Semoga tercapai apa yang diimpikan. Ameen.
ReplyDelete