Sunday, June 8, 2008

1001 petua jimat minyak

Kenaikan harga petrol dan diesel mulai Khamis lalu pastinya membuatkan para pemandu dan penunggang terdiam sejenak, mencongak-congak kaedah atau cara paling efektif untuk menghadapi beban lonjakan harga emas hitam tersebut.

Walaupun keadaan seperti ini bukan pertama kali berlaku, namun masih ramai pengguna kenderaan masih belum melaksanakan secara aktif dan agresif segala kaedah untuk mengurangkan belanja pembelian minyak.

Dalam halaman Enjin minggu ini, penulis cuba berkongsi kaedah dan cara yang difikirkan paling efektif, mampu dilaksanakan dan berkesan agar poket tidak terlalu nipis sebelum akhir bulan akibat belian yang terlalu tinggi untuk mengisi perut kenderaan menerusi perubahan sikap dan kemampuan teknologi.

Antara yang paling mudah untuk dilakukan ialah jangan memandu secara agresif, berlumba-lumba dan terkinja-kinja terutama ketika berhenti di lampu isyarat atau terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan meletakkan kenderaan di tempat yang teduh.

Jangan memecut sesuka hati dan mengehadkan kelajuan pada paras had yang ditetapkan sama ada di jalan negeri, persekutuan atau lebuh raya kerana semua maklum mengenai peningkatan revolusi per seminit (rpm) akan menjana kenaikan tahap pembakaran.

Selain itu, kurangkan jumlah barang atau muatan dalam kenderaan agar kenderaan menjadi ringan dan tidak memerlukan bahan bakar yang banyak untuk membolehkannya bergerak serta memastikan angin dalam tayar kenderaan sentiasa berada pada tahap yang optima.

Barang-barang seperti buku dan dokumen perniagaan, fail cukai pendapatan, alat memancing, beg golf, komponen alat ganti, surat khabar lama dan segala macam khazanah perlu ditinggalkan di rumah atau di kitar semula sahaja.

Kalau boleh kurangkan juga pemasangan penghawa dingin terutama ketika waktu malam yang boleh membantu menjimatkan pembakaran minyak kerana selain menjimatkan minyak, langkah ini turut membantu memelihara alam sekitar menerusi pelepasan karbon.

Rancang juga perjalanan anda terutama ketika balik kampung atau pergi bercuti, cuba elakkan pemanduan di kawasan yang sesak, jalan raya yang sedang dalam pembinaan dan berbukit agar masa menjadi lebih singkat dan jimat minyak.

Pada masa yang sama, kurangkan komitmen untuk memandu dengan memilih untuk berjalan ke destinasi yang dekat seperti kedai atau restoran selain menggunakan medium pengangkutan lain seperti basikal.

Jadual Pemandu juga dinasihatkan melakukan servis kenderaan mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan kerana enjin yang tidak diselenggara dengan baik boleh menyebabkan kos bahan bakar sehingga sehingga 50 peratus.

Tukar air filter sebelum ia menjadi kotor dan gunakan minyak enjin yang asli dan bersih dan ditukar setiap tiga hingga lima ribu batu selain memastikan gas cap ditutup dengan ketat sehingga bunyi klik kedua.

Langkah berkongsi kereta ke destinasi tempat kerja yang sama atau car pool memang boleh menjimatkan minyak dan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas sesuatu kawasan, misalnya bandar raya Kuala Lumpur apabila tiba waktu puncak.

Kempen kongsi kereta ke tempat kerja selama ini gagal dilakukan kerana faktor sikap dan mempunyai agenda kehidupan yang berlainan selain selesa dengan keadaan bersendirian di dalam kereta sendiri, namun kini ia mungkin tidak sesukar dahulu dalam keadaan semasa.

Selain mengamalkan sikap yang betul dalam menyelenggara dan corak pemanduan, kecanggihan teknologi pada hari ini juga boleh membantu mengurangkan belanja minyak.

Antara yang popular ialah pemasangan tangki gas asli iaitu penggunaan gas asli sebagai ganti bahan api petrol walaupun harga gas itu lebih kurang minyak petrol tetapi mampu memberi pemandu lebih kilometer kerana ketumpatannya.

Namun, kelemahan gas asli di negara ini pada masa sekarang ialah kos pemasangan yang agak mahal bergantung kepada jenis kereta yang dipandu kerana semakin tinggi teknologi kenderaan yang dipandu, maka semakin rumit jugalah sistem pendawaian yang menjurus kepada peningkatan kos pemasangan tangki gas asli sepenuhnya.

Pada masa yang sama, ruang bonet kenderaan akan menjadi terhad kerana saiz tangki gas asli yang agak besar akan memenuhi sebahagian besar ruang.

Industri automotif negara juga sudah mula menerima kemasukan kereta-kereta dengan enjin hybrid yang direka bentuk untuk kecekapan penggunaan minyak dan aliran rendah.

Sumber: Utusan Online:- 8 Jun 2008/ 3 Jamadil Akhir 1429

Wednesday, May 28, 2008

Parenting Tips


Assalamualaikum semua,

Moga-moga kita sebagai ibubapa dan pendidik dapat mempelajari sesuatu dari
email dibwh. Ada sorang kawan forward email ini kepada saya.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

Assalamualaikum,

Hari ni nak sambung cite pasal parenting workshop kat N-Shiki.

Alkisahnya, adala satu hamba Allah ni tanya, anak dia ni kurang
berdisiplin, susah sangat nak dengar kata, dan tak reti bertanggungjawab.
(Anak dia 6 tahun/boy).

So, si Rie ni kata, kalau kat Jepun kanak-kanak diajar untuk
bertanggungjawab seawal usia 3 tahun. (Kat Malaysia baru belajar buang
pampers kot, botol susupun tak tentu lepas lagi). Mesti awak
tertanya-tanya, 3 tahun boleh buat apa, kan?

Rie kata, kanak-kanak Jepun diasuh membersihkan tandas setiap pagi sebelum
di beri sarapan. Boleh bayangkan tak kita suruh anak-anak kita cuci
tandas? Kita sure suruh maid punya. Tula pasal anak-anak kita makin lama
makin tak reti buat keje rumah!

The rational behind this is : dari kecil anak-anak diasuh untuk menyumbang
tenaga dalam rumah (kat Jepun tak de maid). Bila dia tau susah/busuk nak
cuci tandas, dia akan lebih berhati-hati untuk menggunakan tandas. Bukan
pakai pancut je. Dan bila dia sedar kekotoran itu menyakitkan mata dan bau
hancing menyakitkan hidung, di tandas luarpun dia akan cuba untuk menjaga
kebersihannya supaya orang lain tak susah nak bersihkan. (Jadi tak payahlah
nak ajar cara penyeleggaraan tandas di kolej). Mereka diasuh supaya
perihatin dan sukakan kebersihan. Dan secara psikologinya, bila anak itu
mencuci sesuatu yang kotor dan melihatnya berubah menjadi bersih, suatu
perasaan baru akan terbentuk didalam dirinya. Lega dan puas. Dan kerana
dia buat di waktu pagi, dia akan berasa hebat sepanjang hari kerana harinya
telah bermula dengan baik. (Frankly speaking, saya rasa kaedah ni sangat
baik, dan sayapun dah cuba dengan anak-anak. Depa enjoy main sabun.
Mula-mula tu memang depa rasa jijik, tapi bila dah dua tiga hari buat, naik
seronokla pulak). And they feel that they have played an important role in
the household. Di situlah bermulanya perasaan tanggungjawab.

Sedikit demi sedikit, bolehhla asuh mereka untuk mengemas buku sendiri,
bilik tidur, dan lain-lain. Untuk membiasakan anak-anak mengemas, kita
kenalah sediakan bakul-bakul ditempat-tempat yang strategik. Contohnya :
di sebelah bilik air. Ini akan memudahkan mereka untuk memasukkan baju
mereka ke dalam bakul sebelum mandi. Jadi tak payahlah kita terjerit-jerit
suruh anak-anak kutip baju kotor. Buat penyidai kain yang anak-anak boleh
capai supaya mereka boleh gantung tuala sendiri. Sediakan stool kalau
anak-anak tak boleh capai.

Kadang-kadang ada ibubapa yang terlalu protective takut anak-anak dimarahi
guru disekolah kalau terlupa bawa buku dan sebagainya. Jadi apa yang
ibubapa ni buat agaknya? Depa yang packkan buku anak-anak. Betul tak?

Ini bukan cara yang betul. Ajarlah anak itu macam mana nak susun buku
mengikut jadual waktu selama seminggu dan biarkan dia buat sendiri selepas
itu. It's ok for u to check their schoolwork, but biarkan mereka berdikari
menyusun buku sendiri.
Kalau anak kita kena marah kerana buku tertinggal,
biarkan dia kena marah.
Dia akan belajar dari kesilapannya itu. Sampai
bila dia nak terus bergantung dengan kita? Kalau dari darjah satu kita tak
mahu 'lepaskan' mereka, sampai besarpun mereka takkan tau cara yang betul.

Dalam kehidupan ada benda yang kita boleh ajar dan ada benda yang kita kena
yakin anak kita boleh lakukan. Kita ni sebenarnya hanya boleh membimbing,
kita tak boleh control hidup mereka (parent yang authoritarian) . Ada
parent yang A-Z nak anak dia kena ikut cakap dia.
Kalau tak, siaplah anak
tu. What will happen to a child with this type of parents? Hidup dia
mungkin senang, sebab dia ikut je apa parents dia cakap, jadi mesti takkan
silap punya. Tapi anak macam ni biasanya tak de confidence dalam diri
mereka sebab tak pernah diberi peluang untuk mencuba sendiri. Semuanya
diatur. Sampai satu ketika, katalah bila anak ni dah besar, waktu tu
parents dia kata, now you're big enough, decide what you want to do,
sungguhpun anak ini dapat 15A atau 20A sekalipun, pada saat dia dilepaskan
tu, dia akan terkedu. Dia takkan tau apa yang perlu dia lakukan kerana
seumur hidup dia semua decision was made by the parents. Waktu tu dia akan
terkapai-kapai dan dia akan tanya balik, what do you want me to do?

Kita sebagai ibubapa perlu berikan ajaran agama yang cukup, lepas tu kita
hanya boleh membimbing mereka.
Kita kena mendekati anak-anak kita dan
rajin bersembang dengan mereka bukan setakat memerhati dari jauh.

Apa ertinya memerhati? Ada jenis parent, mostly men, yang tak rapat sangat
dengan anak-anak, never hug or kiss the children dari kecil, bila anak tu
besar, makin jauh. Tapi bukan bererti tak sayang. Tu la... memerhati.
Jadi bila anak tu besar, dia susah nak approach parent yang macam ni. Nak
bercerita masalah dia dan sebagainya. Kes macam nipun sering berlaku pada
parents yang selalu harapkan maid jaga anak-anak. Mereka tak jaga sendiri,
jadi tak tahu permasalahan anak-anak. Balik kerja tau anak-anak dah mandi,
dah wangi, dah makan. Lepas tu nak rehat sebab penat bekerja seharian.
Hubungan kekeluargaan akan renggang dan disinilah anak-anak akan berpaling
kepada rakan sebaya dan sebagainya. (Awak mungkin tak terasa lagi sebab
anak-anak masih kecil, tapi saya dah mula terasa, tapi nasib baik anak-anak
rapat dangan saya). Masalah begini juga boleh berlaku pada parents yang
tak de maid. Sebab bila balik kerja, sibuk nak masak, kemas rumah, uruskan
baju, cuci toilet, mop rumah dan sebagainya. Tak de masa nak luang dengan
anak-anak. Dalam menjalani kehidupan, kita kena cari keseimbangan.
Kita
sebagai ibu juga perlu masa untuk berehat kalau tidak kitapun akan naik
angin selalu. Kita boleh ada maid, tapi minimum requirement, kita kena
masak untuk keluarga.
Air tangan ibu tu penting untuk membentuk peribadi
anak. Jangan amalkan makanan beli.

Ada banyak lagi, lain kali sambung ok. Lain kali, kalau ada parenting
workshop, awak semua datanglah. Best tau! And mungkin dapat lebih banyak
dari apa yang saya dapat ceritakan kat sini.
Wasallam



Sedetik masa berlalu
Selangkah menuju maut.

Azzahra' A.R.

Friday, May 23, 2008

Robert Kuok terus dahului senarai paling kaya Malaysia

SINGAPURA: Taikun Malaysia, Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru oleh Forbes Asia.


Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media, dan paling ketara ialah gergasi minyak sawit Wilmar, meningkatkan nilai bersihnya daripada AS$2.4 bilion tahun lalu untuk mencecah AS$10 bilion.

Senarai terbaru ini turut menyaksikan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp menyertai kelab bilionair, kata Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini.

Terdapat 10 bilionair dalam senarai tahun ini.

Tan, yang naik dari tangga ke-14 ke tempat kesembilan, mempunyai nilai bersih AS$1.3 bilion, menambah hampir AS$1 bilion dari tahun lalu.

Forbes Asia berkata, syarikat Tan, Berjaya Corporation, menongkah arus dengan harga sahamnya mengembang hampir tiga kali ganda sejak 12 bulan lalu.

Tan menguasai lebih AS$4 bilion — dengan jualan yang digabungkan — rangkaian perusahaan membabitkan industri seperti pertaruhan/perjudian, media, telekom, produk pengguna dan runcit serta hartanah.

Masih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis.

Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang ASS$200 juta daripada tahun lalu.

Individu ketiga terkaya dalam senarai ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng yang menduduki rangking keempat tahun lalu, tetapi dengan melonjaknya gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya meningkat daripada AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion, kata Forbes Asia.

Kemasukan baru paling tinggi ialah Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada taikun perjudian terkenal, Tan Sri Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lalu, tetapi meninggal dunia pada Oktober.

Beliau dan keluarganya bernilai AS$3.4 bilion dan menduduki tempat kelima.

Malah, anaknya Tan Sri Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting, yang disenaraikan secara persendirian dengan AS$345 juta, menduduki tempat ke-15.

Lee adalah antara tiga wanita dalam senarai, bersama-sama dengan Pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew, di tempat ke-24 (AS$245 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, di tempat ke-35 (AS$150 juta).

Antara pendatang baru ialah Datuk Nazir Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB yang juga anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Nazir berjaya mendapatkan tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.

Kekayaan secara kolektif semua 40 individu terkaya ialah AS$46 bilion, meningkat AS$3 bilion daripada tahun lalu.

Sementara 16 individu berjaya menambah kekayaan mereka, 18 yang lain menyaksikan penurunan dengan tujuh daripada mereka kehilangan sekurang-kurangan satu perempat daripada kekakyaan mereka.

Tan Syed Mokhtar Al-Bukhary, taikun Melayu paling kaya dan seorang bilionair, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersihnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion.

Senarai Individu Kaya muncul dalam terbitan 2 Jun Forbes Asia.



10 Individu terkaya di Malaysia:

1) Robert Kuok, AS$10 billion.

2) Ananda Krishnan, AS$7.2 billion.

3) Lee Shin Cheng, AS$5.5 billion.

4) Teh Hong Piow, AS$3.5 billion.

5) Lee Kim Hua & keluarga, AS$3.4 bilion.

6) Quek Leng Chan, AS$2.4 bilion.

7) Yeoh Tiong Lay & keluarga, AS$2.1 bilion.

8) Syed Mokhtar Al-Bukhary, AS$1.8 bilion.

9) Vincent Tan, AS$1.3 bilion.

10) Tiong Hiew King, AS$1.1 bilion. - Bernama

...Bile pulak kite nak join kelab nih...

Thursday, May 22, 2008

Melatih diri untuk berfikiran positif

Melatih diri untuk berfikiran positif sebenarnya boleh dilakukan. Anda kena rajin berlatih. Ini beberapa tips untuk memupuk fikiran positif dan tindakan yang positif.

1. Berani Berubah.

Hijrahkan diri Anda kepada yang baik-baik, cakapan yang baik-baik dan menumpu pada aspek yang baik saja, walau seburuk manapun orang lain memperlakukan Anda. Ubah pemikiran kepada yang baik-baik, pinggirkan rasa sakit hati, dengki, iri hati, meluat, menyampah, marah, cemburu dan tak puas hati, kerana sikap sebegitu memusnahkan diri Anda sendiri tapi Anda sedari dalam diam.

Yakinlah orang yang berkelakuan baik takkan pernah rugi, bahkan aura kebaikannya mendapat tempat istimewa di hati setiap orang. Walaupun pernah kebaikan Anda dibalas dengan kejahatan dan sesekali Anda diperbodohkan, tapi kebaikan selalu menang dan kesannya berpanjangan.


2. Rajin Beristighfar.

Mohon keampunan pada Allah swt kerana fikiran negatif sebenarnya adalah bisikan syaitan yang sememanya mahu manusia bermusuhan dan menjadi jauh dari Allah. Rajin berisighfar akan dapat meneutralkan getaran emosi negatif yang muncul di dalam minda, hati, jiwa dan sanubari.

Orang yang rajin beristighfar dirinya dekat dengan Allah dan kesannya, dia dekat dengan
rahmatnya dan segala kekayaannya. Pernah tak nampak orang yang dengki dan yang selalu iri hati menjadi kaya dan berjaya?


3. Kawal Perkataan.

Hati-hati bila Anda berkata-kata pada orang lain dan pada diri sendiri. Seboleh-bolehnya, elak dari mengumpat orang, berkata keburukan orang lain, mengomplen, mengkondem mahupun menyatakan rasa tidak puas hati Anda pada sesiapa saja. Kata-kata buruk yang Anda ucapkan di kala ini cenderung kepada yang negatif, lalu emosi Anda juga berubah menjadi negatif serta merta.

Kawal perkataan Anda di fikiran dan di dalam hati. Kalau ada keluar yang negatif, cepat-cepat tukar kepada yang positif jadi gelombang minda yang terhasil dari perkataan negatif tu dapat dineutralkan semula. Jadi, fikiran Anda dipenuhi oleh gelombang emosi positif.


4. Disiplin.

Biasakan diri memandang yang baik-baik saja pada semua orang. Anda terbiasa dengan fikiran negatif kerana dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, yang berkata yang negatif di kedai kopi, di cyber cafe, di rumah, dipejabat dan sehingga nak masuk tidur.
Disiplinkan diri Anda untuk dekat dengan hal-hal positif, latih diri untuk kagum pada orang lain (walau sekecil manapun pencapaiannya dan sekecil mana kelebihan dirinya) serta tekad untuk berkata baik pada semua orang.


Allah maha adil. Fikir negatif, maka Anda dapat yang negatif.

Ini hukum alam. Jadi, jangan sesekali mempersoalkan takdir mengapa Anda seringkali gagal, apa yang Anda buat tak menjadi dan hidup Anda asyik di rundung masalah tak kira dalam aspek kewangan, kerjaya, perhubungan mahupun emosi. Takde istilah kebetulan dan tiba-tiba, sebenarnya ia ditarik oleh kuasa minda separa sedar dengan keizinan Allah swt.

Itu salah satu kelebihan minda separa sedar yang ramai orang tak tahu dan ramai orang tak teringin nak tahu sebab pada mereka hal sebegini membuang masa, tahyul dan tak memberi kesan lebih-lebih bila ia masuk kepada persoalan duit. Tapi, bagi yang tahu menggunakan kelebihan minda dan merasai kesannya, sudah tentu merasa gembira kerana mereka boleh mencapai apa saja yang mereka mahukan.


Sumber: e-mail/ internet

Wednesday, May 14, 2008

MOTIVASI KESIHATAN - DR. NORHISSAM MUSTAFA: FAKTA KELEBIHAN AIS

" Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Fakta Kelebihan Ais

. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.


. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.


. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.


. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.


. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.


. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.


. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.


. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.


. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.


. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.


. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.


. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.


. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.


. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.


. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.


. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.


. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.


. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.


. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.


. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.


. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.


. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.


. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.


. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.


. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.


. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.

Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) - Dr.Nohissam Mustafa


Colour Vibration Therapy

Complementary Alternative Medicine International

Prof. Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab (Founder)

Thursday, May 8, 2008

A Few Windows XP Tips


*Reach Run quickly*
Here's a quicker way to reach the Run dialog box, if you don't want to go
through the Start menu. Just hit the Windows key + R.

*
Looking for a better screen font display?*
Enable ClearType, Microsoft's trademark font display technology, for a
drastic improvement in screen font rendering. Right-click anywhere on your
desktop. Now select Properties. Under the Appearance tab, click Effects.
Check the box for Use the following method to smooth edges of screen fonts,
and in the drop-down menu, select ClearType. Press OK, and apply the change.
*
Change your mouse pointer scheme*
Bored of the same old arrow? To change your mouse pointer scheme, in the
Control Panel, select Mouse and go to the Pointers tab. Scroll through the
available schemes, pick one that you like and click Apply.
*
Check that your Windows Firewall is turned on*
To make sure your Windows Firewall hasn't been accidentally disabled, go to
your Control Panel and click Windows Firewall. Make sure the radio button
for On (recommended) is selected. Add exceptions to your Firewall by going
to the Exceptions tab and adding the programs that you think should have
access to the Internet to the list of exceptions.
*
Instantly activate your screensaver*
In XP, you can put a short cut of your favourite screensaver on your desktop
to instantly start your screen saver. Here's how. Go to Start on your
desktop and click on Search. In the help box, click on All files and
folders. and then type in *.scr. Select your screen saver file and right
click. Then select Send To, and then Desktop.

*
Put your Monitor to sleep *
Right click on the desktop and click on Properties. In the dialog box that
appears, click on the Screen Saver tab. Click on Power and in the dialog box
that appears click on the Turn off Monitor list. Select a time to
automatically after which the monitor will be turned off. Click OK twice and
you're set.

*
Using your Windows Key*
Your Windows key can be used to for many short cuts. If you want to open
your Windows Explorer quickly just press your Windows key and E. If you want
to open the Run dialog box, just press the Windows key and R. If you want to
open your search dialog box, press your Windows key and F.

*
Instantly lock your PC*
If you have password protected your Windows, here is a quick way to lock it.
Press the Windows key and L together.*

Change the look of folder icons*
If you don't like the look of the folder icons on your desktop, you can
change them. Right click on the folder, select Properties. Click on the
Customize tab, and under the Folder icons area, click on the Change Icons
button. Select the icon of your choice and select OK.*

Minimize a Window to your taskbar*
If you're tired of using the mouse over and over again to minimize a window,
here's a handy tip. To minimize a window using just the keyboard, press Alt,
Spacebar and N together.*

Display album art in your music folder thumbnails*
If your music files are in WMA format, XP automatically picks up the album
art and displays it, both in the folder thumbnail as well as in the Windows
Media Player display. If your files are in MP3 format, you can download the
album art from the Internet and then customize each folder to display it.
But this takes a lot of time. A faster way around is to save each image as
'folder.jpg' and put it in the correct folder. Once you do this, XP will
pick up that image and use it as the thumbnail for the folder, and also use
the image to display in Windows Media Player while playing songs from the
album.*

How to stop Windows Media Player from accessing your information*
You may be uncomfortable with the idea of Windows Media Player collecting
your information and sending it to various websites. You can stop this. Go
to the Tools menu of Windows Media Player. Select Options and then go to the
Player tab. Look for the check box that says "Allow Internet sites to
uniquely identify your player?" and make sure it is not selected.*

Opening folders with a single click*
If you'd rather not have to double-click everything to open it, here's the
way out. Go to My Computer, and select Options in the Tools menu. Choose
Folder options. In the dialog box that opens, select the check box that says
'Single-click to open an item (point to select)', and click OK.*

Making web pages available offline*
You may occasionally need to refer to a website, and you may not be able to
connect to the Internet at the time. An easy way out of the situation is to
go to the Favourites tab in Internet Explorer, and click Add to Favourites.
In the dialog box that is displayed, select the Make available offline check
box, and press OK.

Thursday, May 1, 2008

Ibu: sempena hari ibu 11 Mei 2008

Kepada rakan-rakan yang masih mempunyai IBU... From: Yusri Razalli

''Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!"

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini,tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.
Amatlahberdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utaratanah air.

Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar.
Kehadiran surat
Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi. Kisah Adi
akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargai ibu
juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada
tandingannya di dunia ini.

Begini kisah Adi: "Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
"Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.

"Bapasaya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung. "Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya.
"Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati.
"Sepertibiasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.
"Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal dikampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.

"Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.
"Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan.
"Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.

"Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar.
"Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.

"Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.

"Kebanyakanmasa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak- anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri.
"Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut- turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.

"Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak."Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?

"Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.
"Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Sayajelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.

"Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal.
"Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.

"Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorangdiri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah."Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.

"Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu..
"Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringat kenapa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.

"Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.
"Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan.Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu.. Alhamdulillah. ..'' begitu Adi menutup kisahnya.

Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adi berulang kali. Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang saya mengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dan kesilapannya terhadap ibu tersayang.
Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.

Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibu bapa. Hargailah mereka.

Menutupkata: Keindahan adalah budi pekerti. Kebaikan adalah kebajikan dan keluhuran budi dan keelokkan itu adalah cara bagaimana kita bermain dengan akal. Salam.