Saturday, March 31, 2007

MESTI BACA; HALALAN THOYYIBAN

MESTI BACA; HALALAN THOYYIBAN: Islamic Manufacturing Practice (IMP)
Salamun'alaik..

Selawat serta salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda juga para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini..

INDUSTRI HALAL DALAM KEADAAN KRITIKAL

Industri HALAL tanahair sebenarnya dalam keadaan kritikal. Ini berlaku akibat kelekaan umat Islam di tanah air dalam menyokong dan membangunkan industri HALAL itu sendiri.

Beberapa faktor juga diambil kira seperti;

Pihak pengilang,peniaga cuma membuktikan tapak pemprosesan produk mereka bebas daripada sumber haram hanya semasa pihak JAKIM atau wakilnya membuat pemeriksaan bagi mendapatkan sijil HALAL. Setelah itu, segala prosedur dalam memastikan tiada sumber haram dalam pemprosesan produk ditinggalkan.

Atas sebab itulah kita boleh mendapat berita semasa di mana syarikat yang telah mendapat sijil HALAL ditarik balik oleh pihak JAKIM atas sebab melanggar peraturan.

Justeru itu, satu piawaian menurut kehendak syariah telah dibangunkan sejak tahun 2005.

Ianya adalah piawan;

HALALAN THOYYIBAN: Islamic Manufacturing Practice (IMP).

Apa bezanya dengan HALAL seperti yang diiktiraf JAKIM? Apa itu IMP? Jika 20 atau 30 tahun dahulu, apabila kita umat Islam membeli barang, isu HALAL tidak penting. Yang penting adalah barangan tersebut dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita tanpa mengambil kira HALAL atau HARAM.

Cuma para ulama', ustaz dan ustazah di masjid, surau, madrasah, sekolah-sekolah agama, pondok yang menekankan betapa pentingnya menjauhkan diri dari yang HARAM dan mencari yang HALAL sebagai FARDHU bagi umat ISLAM.

Mengguna, Memakan, Meminum, Berdagang, atau menerima Hasilan daripada sumber HARAM atau SYUBHAH memberi kesan ke atas peribadi rohani kita dan padahnya di dalam kubur juga di akhirat sehingga menyebabkan kita dicampakkan menjadi penghuni NERAKA.

Tanya diri kita, mengapa anak-anak kita keras hati, keras jiwa, keras kepala..? Ini semua berkaitan dengan apa kita beri mereka makan selama belasan atau puluhan tahun dahulu.90% berkaitan dengan makanan yang masuk ke dalam perut kita.

Ana harap dengan penuh tanggungjawab, kita sebarkan mesej ini kepada seluruh umat Islam yang lainnya. Melalui medan dakwah ini, kita akan berkongsi ilmu mengenai HALAL, HARAM & SYUBHAH. Bagaimanakah jenis perniagaan dan pengilangan yang sebenarnya dituntut Islam yang membawa erti HALALAN THOYYIBAN.

Pengasasnya berkata; Mudah-mudahan suatu hari nanti, bersama kita wujudkan HYPERMARKET MUSLIM di mana sebelum memasukinya, ada papan tanda:-

Tuan/Puan pelanggan yang dihormati. Anda sedang memasuki ZON HALAL di mana kesemua produk dalam premis ini di hasil menurut undang-undang ISLAM dan untuk memperkasakan ekonomi UMAT ISLAM.

Dan apabila kita masuk, tiada ragu-ragu lagi akan barangan yang bakal kita beli..

Sila muat turun attachment yang disertakan serta sebarkan, dan jadikan ia wallpaper PC anda bagi meninggikan peluang untuk disebarkan kepada umat ISLAM yang lain..

Tanyalah beliau di dalam medan dakwah itu nanti sejelas-jelasnya.. Jemputlah beliau, undanglah beliau untuk berkongsi ilmu dengan kita, ahli keluarga dan para jiran dan sahabat kita..

InsyaAllah, selamat di dunia dan di akhirat..

No comments:

Post a Comment