CAMPURAN AIR MADU DAN AIR SEJUK
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur
dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan
amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air
sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa
diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di
dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna
dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan
senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah
disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara
banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka
minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda
mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu
atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa
Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah
aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku
kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air
sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air
sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.
Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan
dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling
bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan.
Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan
mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu
menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan
kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti
minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap
penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah
diharuskan minumsambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang
lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air
minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan
persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan
kerja-kerja berat.
Jazakallah hu khairan kathiraa.

No comments:
Post a Comment