APA PUNCA ANAK DERHAKA
Subject:
Tips dari dr fadzilah kamsah
Assalamualaikum wtb...
Sabda Rasulullah S.A.W. "Berguraulah dengan anak
kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun .
Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau
usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga
14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah
dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul
tu? Tapakn kakinya... .. bukan muka, punggung,
telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu
salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang
pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah
kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun
jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu
bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan
anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan
peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak
yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa
bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh
macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah
dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh
tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia
balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan
anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain,
balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi
bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur,
walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,
pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan
suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka". inilah yang
menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu
mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan
orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak
tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu
juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab
anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau
menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak
endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau
menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak
rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak
mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu
membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan
bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah
meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka
dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah
kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci
untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau
jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan
mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.
Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan
dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi
jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian
bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap
hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat
dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita
dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat
kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan
hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar.
Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana
hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama
kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk
perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.
"Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku
pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga
kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama
agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek,
walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi
jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun
Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita
wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati
orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah
seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya
juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam
perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat
tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik
kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,"
jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua
rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan
bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena
faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu
memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang
pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan
pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah
emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung
kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah
Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan
Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak
kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan
Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia
berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar
alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail
balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu
adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol
kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih
tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim
melawat dan menantunya melayan dengan bersopan
santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi
Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan
lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik
dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis
iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan
potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan
anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini
menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan
anak-anak Kita sebagai winners. Penulis berpendapat
apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah
mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh
membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang
berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak
boleh.
Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan
menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak
yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih
sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda
lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
(persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum
matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara
berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis
menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus
berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan
membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan
pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan
kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran
mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi
ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka
juga dalammasa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka
walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka
sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa
yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi
ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk
mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

No comments:
Post a Comment