Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah
Assalammualaikum......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh
saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia
makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan
tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam
biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime
secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh
buat macam itu ..
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi
ni still berjalan ...either belen makanan mak atau
abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang
jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk
habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan
dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami
perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak
tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat
macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah
mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah
sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak
sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui
kesannya ....makin umur kita meningkat,hati kita
senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua
itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik
beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab
balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita
betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok
...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...
samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi
jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan
selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan
selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan
terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat
maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa
hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah
dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada
lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang
Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas
solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai
sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat
solat jamaah maghrib dengan mak abah secara
praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan
sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan
anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi
baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur
rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau
hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi
apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri &
family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke
penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind
each other because in Rasulullah's last sermon,baginda
pun did mention that all those who listen to him (on
shall pass on his words to others,and those to others
again; and may the last ones understand his words
better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from
my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose
nothing.
Wallahu A'lam...

No comments:
Post a Comment