Wednesday, September 26, 2007

TIPS KEWANGAN- DR. IRFAN KHAIRI

===========================================================
TIP PILIHAN:
TIP KEWANGAN DARIPADA SEGMEN WW-BERSAMA DR IRFAN KHAIRI, ASTRO
===========================================================


Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10%
daripada pendapatan kita. Konsep "Pay yourself first!"

Adakah anda melakukan ini?

Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.

Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

Jadi bagaimana?

Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari
pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh?

Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%... 4%... berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun,anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.

Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2 tanggungan hidup

Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas
pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui
adalah konsep "compounding".

Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami dan manfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan
kewangan.

Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerima
pulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.

Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya... dan seterusnya.

Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.

*Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.

*Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan
menjadi RM2,000!

*Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Di
biarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2
juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! Ini antara
sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya - mereka memahami
konsep penting COMPOUNDING!

Jadi, simpanan anda bulan-bulan 10% (pay yourself first),
laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanan
anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun!

Laburkan secara selamat dan halal melalui institusi kewangan
yang sah :)

~WW Bersama Dr Irfan Khairi, Astro

No comments:

Post a Comment