Saturday, January 27, 2007

PANDUAN UNTUK MENJADI IMAM SOLAT

Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:

1)Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.

2)Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.

3)Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.

4)Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.

5) Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.

6) Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.

Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:

1)Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan ta�awwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak, dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.

2)Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas al-Fatihah sebelum rukuk.

3)Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.

Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga
perkara iaitu:

1) Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.

2) Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar meletakkan dahinya di tempat sujud.

3) Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.

Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah selesainya solat ada tiga perkara iaitu:

1) Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.

2) Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.

3) Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke
arah orang ramai.

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Pesanan Imam Al-Ghazali

YANG PALING DEKAT, PALING JAUH, PALING BESAR, PALING BERAT, PALING RINGAN DAN PALING TAJAM

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka
Jahanam .


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A’araaf 179 )


Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, January 23, 2007

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

BERKATA sahabat Nabi, Lukmanul Hakim kepada anaknya,
"Wahai anakku, apabila perutmu penuh dengan makanan,
maka akan matilah fikiran dan hikmah
kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi
malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah
kebersihan hati dan kehalusannya. Hati yang bersih
itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat
berzikir.

"Wahai anakku, kalau sewaktu kecil engkau rajin
belajar dengan tekun menuntut ilmu
sebanyak-banyaknya, maka apabila dewasa kelak kamu
akan memetik buahnya dan akan menikmati keenakannya.
"Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa
jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan
perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan
kamu akan kesudahan hidup di dunia yang fana ini.
Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan
nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa
senang dengan kehidupan dunia.

"Wahai anakku, aku sudah memikul batu-batu besar,
aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi aku
tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat
daripada tangan yang buruk perangainya.
"Wahai anakku, aku sudah merasakan segala makanan
yang pahit, tapi aku belum pernah merasakan sesuatu
yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan.

"Wahai anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan
bermacam-macam kesusahan serta kepayahan, tetapi aku
belum pernah mengalami yang lebih susah daripada
menganggung hutang."

Thank From : Khalid

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

Subject: KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah
swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin
paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang
melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.
Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok
itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas
dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala
Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya,
sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi
Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa
Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang
melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara
9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa
orang yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

JAGA DIRI, JAGA IMAN,
JAGA AMAL, JAGA SOLAT...

Sunday, January 21, 2007

7 PERKARA AMALAN RASULULLAH (SAW)

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum
subuh,melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu,
sholat subuh berjamaah.Hal ini memberi hikmah yg
mendalam antara lain - Berlimpah pahala dari Allah -
Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi
penyakit TB - Memperkuat pikiran
dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis
atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di
pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak
wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi
setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok
gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak
makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu
banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan
sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu
tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa
Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan
jihad,mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,
pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan
lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3
kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan
Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi
lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan
kesehatan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan
marah- Mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk
maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu
dari Syaithon- Segeralah berwudhu- Sholat 2 Rokaat
untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan
hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang
mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar,
istiqomah dan bekerja keras,serta tawakal kepada Allah
SWT.

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa,
mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan
preventif yang sangat tepat. ::Ya Allah,bersihkanlah
hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku
dengan sifat sifat mahmudah...::

Monday, January 15, 2007

NASIHAT IMAM SYAFIE MENCARI SAHABAT

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat

TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman
menangis tiada siapa yang sudi.

Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati.
Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati
tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan
tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat
dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau
selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang
tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika
itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia
padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku
peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat
yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa
berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah
yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan
iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun
bertepuk tangan. (kalau susah mereka menjauhkan diri,
takut kita banyak minta simpati tapi kalau kita senang
sikit mereka sakit hati - wahai sahabat dan keluarga
sendiri)

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain
ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka
tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat
dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka
mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang
menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri
hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak
sorai. (kalau kita hidup dalam kebahagian memang
begini, ada saja kata nista yang tak tahu dari mana
asalnya kesilapan kita ini, kalau ada terlebih sedikit
rezeki macam macam dah dicaci, tapi kalau hidup derita
tak ada orang nak tanya - wahai sahabat dan keluarga
sendiri )

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan
orang jahat.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik
aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan
orang jahat. (sebab itu lebih baik kita menyepi diri
dari bergaul dengan orang macam ini, itupun nanti kita
dikata, kita ini sombong diri

Entah kenapa kita susah nak kikis sikap dengki hati
dari diri..

Saturday, January 13, 2007

10 WASIAT DALAM BERAMAL

tazkirah ni diambil dr web kumpulan usahawan muslim.

http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/pengenalan.html

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang
serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmiah,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah
dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada
memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana
bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar
Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang
berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang
nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah
menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap
melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang
ditemui dan berkasih-sayanglah sesama mukmin .

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.