METRO AHAD
13 OGOS 2006
Utama berkat
SETIAP orang Muslim wajib mengetahui lima Rukun Islam dan asas Fardu Ain. Namun, kita tidak dikehendaki untuk mempelajarinya secara terperinci kerana itu adalah tugasan khusus seorang ilmuwan Islam.
Begitu juga hal berkaitan zakat. Sebagai seorang Muslim, kita perlu mempelajari selok-belok bagi menunaikan zakat bagi harta yang diperolehnya dan bagi seseorang usahawan pula, antara perkara yang perlu mereka ketahui ialah:
• Mengetahui kewajipan zakat perniagaannya.
• Transaksi jual beli yang sah mengikut syariah.
• Sensitiviti terhadap barangan yang dijual atau diperbuat supaya tidak membantu kepada industri haram.
• Pengetahuan berkaitan riba dan perangkapnya kerana isu nba kerap timbul apabila sebuah syarikat memerlukan wang modal bagi menjalankan perniagaannya, seperti mendapatkan produk pinjaman dengan rasuah.
• Kemudahan yang disediakan oleh perbankan Islam untuk menjana kekuatan syarikatnya. Ini penting supaya tidak terjebak clalam kemelut riba yang diharamkan.
Seluruh kepemimpinan Muslim di dalam syarikat perlu menyedari bahawa tiada lagi alasan ‘darurat’ atau ‘terpaksa’ untuk mengambil apa juga produk kewangan konvensional sambil mendakwa tiada produk Islam boleh digunakan.
Ini adalah satu perkara yang sangat penting bagi seseorang kepemimpinan korporat Muslim untuk memastikan Seluruh transaksi perniagaan, pelaburan, sumber kewangan dan kegunaannya mengikut landasan syariah.
Jika tidak, perniagaannya pasti akan ‘kering’ daripada berkat serta lahirlah kakitangan bermasalah yang tidak amanah dan membawa ke arah keruntuhan sesebuah organisasi.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada seorang hamba Allah yang dilantik menjadi pemimpin, kemudian ia tidak (menggunakan kedudukannya) menasihati dan membawa rakyatnya kepada kebaikan (dan Islam), kecuali Allah akan mengharamkan baginya syurga” (Riwayat Muslim)
Pengurusan syarikat juga perlu memastikan semua pekerja mereka diberikan hak
sewajarnya, terutama untuk menunaikan solat fardu dan solat Jumaat, manakala bagi syarikat besar yang menawarkan kemudahan pinjaman kereta dan rumah, saya nasihatkan supaya memastikan semua pembiayaan dibuat secara Islam bagi setiap individu Muslim.
Jika sesebuah syarikat itu menggunakan pinjaman secara konvensional, mereka masih lagi mempunyai jalan keluar dengan ‘refinance’ atau membuat pembiayaan semula dengan bank Islam yang semakin banyak hari ini.
Ketika ini, saya pasti kebanyakan bank Islam menyediakan kemudahan penukaran produk konvensional kepada cara Islam.
Penukaran ini penting selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW: ‘Tinggalkan apa-apa yang kamu ragui kepada yang tidak diragui.” (Riwayat At-Tirmidzi, An-Nawawi: Sohih)
Sehubungan itu, diingatkan yang bank Islam hari ini sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana syarikat korporat besar atau kecil untuk menukar pinjaman perumahannya kepada pembiayaan perumahan Islam
Malah, mereka sentiasa bersedia membantu untuk memperbetulkan sesuatu model perniagaan sesebuah syarikat yang dijalankan secara tidak Islam kepada cara yang bertepatan dengan syariah.
Seorang ketua syarikat juga mesti mengetahui apa yang halal dan haram dalam urusan kerja pekerjanya.
Sebagai contoh, sebuah syarikat cetakan ditegah oleh syariah untuk menerbitkan sebarang bahan yang memaparkan gambar yang menaikkan syahwat lelaki dan menghampirkan kepada zina.
Ketua syarikat juga perlu memahami untuk din sendin dan menasihati pekerjanya dalam hal keikhlasan dalam kerja, penjagaan waktu kerja yang sempurna, tuntutan bayaran yang benar, rasuah yang kerap berlaku, peratusan haram hasil anugerah kontrak kepada kontraktor pilihan dan banyak lagi.
Kita sering bertemu pekerja yang sarapan paginya sehingga 30 minit kerana berbual panjang. Mereka tidak sedar tindakan mereka melayakkan untuk tergolong dalam sebuah athar: “Setiap daging yang terbina daripada harta yang haram, maka neraka adalah lebih layak untuknya.”
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai seseorang hambanya yang apabila membuat sesuatu pekerjaan, maka mereka sentiasa memperelokkannya’ (Riwayat Ibn Majah dan At-Tabrani-Hadis Hasan)
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zaharuddin.com.

No comments:
Post a Comment