Monday, July 2, 2007

7 TAHUN MAKMUR, 7 TAHUN KEMARAU

Assalamualaikum saudara-saudara- ku sekalian.

1 Muharram 1427 = 31hb Januari 2006 ( Selasa )

Sempena dengan tahun yang penuh keberkatan ini,
izinkan saya menghuraikan satu rahsia besar untuk
dikongsi bersama terutamanya seluruh umat Islam di
Malaysia dan di mana-mana sahaja. 7 tahun yang makmur
baru sahaja bermula Januari 2006 sehingga 2013 dan
bertepatan pula dengan Awal Muharram, maka perkuatkan
azam, perkemaskan matlamat dan perkukuhkan iltizam
untuk membina empayar perniagaan muslim yang
kaya-raya. Ingatlah kita ada masa 7 tahun untuk
diusahakan sebagaimana huraian saya dibawah ini.

Saudara-saudara- ku sekalian,
Jika tidak keberatan, sila buka Al-Qur'an terjemahan,
Surah Yusof, juz 12, ayat 43 hingga 53 dan baca
terjemahannya dan cuba fahaminya. Bagi mengetahui
intipatinya secara terperinci, rujuklah ustaz, orang
alim, ulama', para hafiz untuk mendalami jus yang
terkandung di dalamnya.

Secara ringkasnya, kisah ini berlaku beribu-ribu tahun
dahulu iaitu di zaman Nabi Allah Yusof a.s. Pada
ketika itu baginda Nabi Yusof a.s. telah dipenjarakan
kerana fitnah Zulaihka. Raja Mesir ketika itu, Al-Aziz
telah bermimpi bahawa 7 ekor lembu betina yang gemuk
telah ditelan oleh 7 ekor lembu betina yang kurus, 7
biji gandum yang hijau dan 7 biji gandum yang kering,
kemudian hujan.Hanya mukjizat Nabi Allah Yusof a.s.
sahaja yang boleh mentafsirkan mimpi tersebut iaitu:-
7 tahun yang pertama (kiasan 7 ekor lembu gemuk)
adalah 7 tahun yang makmur, bertanamlah dengan
sungguh-sungguh, kemudian hasil tuaian itu sedikit
digunakan dan banyak disimpan. Akan berlaku 7 tahun
kemarau (kiasan 7 ekor lembu kurus) dan semua tanaman
mati sehingga habis hasil yang disimpan semasa 7 tahun
yang makmur tadi. Kemudian barulah turun hujan dan
bermulalah pula 7 tahun yang makmur semula.

Kaitannya dengan ekonomi di Malaysia :

Suka saya memulakan di tahun 1969 kerana berlakunya
peristiwa pahit 13 Mei 1969 pada ketika itu.

1969 hingga 1976 ( 7 tahun ) - susah
(Ekonomi teruk)
Antaranya :
- peristiwa 13 Mei 1969 antara Melayu dan Cina
- banjir besar 1971 / bah merah
- ancaman komunis
- perpecahan kaum (Melayu, India dan Cina )

1976 hingga 1983 ( 7 tahun ) - makmur
(Pembaharuan Ekonomi - baik)
- Allahyarham Tun Razak (PM)
- Bapa Pembangunan
- Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan (DEB)

1983 hingga 1990 ( 7 tahun ) - susah
(Ekonomi Meleset)
- Antara punca utama harga getah dunia jatuh teruk
- ramai graduan keluar universiti tiada kerja
- perniagaan kurang memberangsangkan
- kemelut politik; UMNO diharamkan

1990 hingga 1997/98 ( 7 tahun ) - makmur ( Zaman
Ekonomi Gemilang )
- Terbinanya Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, KLCC, Menara
KL, Menara
Telekom, MSC
- saham BSKL mencanak naik hingga CI 1,400 mata
- indek ekonomi negara keluaran BNM tertinggi 8%
- lahirnya ramai usahawan MELAYU yang kaya-raya
seperti T.S. Tajuddin
Ramli, Halim Saad, Allahyarham T.S. Yahya dll.
- wujudnya kontraktor bumiputra yang berjaya
- peluang kerja yang banyak, kilang2 baru dibuka dll

1998 hingga Disember 2005 ( 7 tahun ) - susah (
Ekonomi Gawat )
- Punca utama George Soros serang matawang dunia
- harga barang meningkat naik mendadak
- nilai matawang jatuh merudum
- ramai kena buang kerja, VSS
- kontraktor gulung tikar, bangkrap
- saham BSKL jatuh ke paras CI 275 mata terendah
- Banyak malapetaka besar seperti perang di Iraq,
Afgan, Balkan dll
- taufan dan banjir besar, tsunami, gempa-bumi dll.

Saudara-saudara- ku,
Zaman susah baru sahaja berlalu bersama perginya
Disember 2005. Januari 2006 adalah tahun permulaan 7
tahun MAKMUR di mana peluang untuk kita semua membina
EMPAYAR PERNIAGAAN MUSLIM YANG KAYA-RAYA. Kita ada
masa 7 tahun untuk merencana agenda kita sendiri;
kepada yang bekerja, kerjalah dengan
bersungguh-sungguh, kerja keras dan kerja kuat agar
kita dapatmemanfaatkan waktu ini dengan sepenuhnya,
dan kepada yang berniaga, rebutlah seberapa banyak
peluang yang datang di depan mata tanpa berkira lagi.

2006 hingga 2013 (7 tahun akan datang) - tahun
............ .. Ingatlah saudara-saudaraku sekalian,
kita semua mengucap 2 kalimah shahadah dan Al-Qur'an
itu adalah panduan kita, dan Surah Yusof tadi adalah
sebahagian daripadanya, maka yakinilah bahawa kita
sekarang telah pun memasuki ambang kemakmuran dan
binalah sebagaimana saranan saya tadi demi kebahagiaan
bersama.

Cadangan saya,
1. Selesaikan semua hutang-piutang seperti pinjaman
perumahan, kenderaan, kad kredit dan pinjaman
peribadi.
2. belilah seberapa banyak aset secara TUNAI
3. Simpanlah duit/hasil usaha kerja kita agar nilai
wang kita benar-benar bernilai (cadangan
ambil polisi Takaful - nilai duit 1 sen = RM1.00,
nilai RM1 = RM1,000.00, nilai RM500 = RM setengah JUTA
)
4. Pelaburan

Takut-takut dalam kita merancang untuk jadi kaya,
Allah s.w.t. jemput kita untuk mengadapNya, maka kita
juga telah tinggalkan duit yang banyak untuk keluarga
tersayang dan kemungkinan besar impian kita itu tadi
boleh disambung oleh ahli keluarga tersayang.

Jika kita masih lalai dan berpuas hati dengan zon
kehidupan sekarang, takut nanti tiba waktu susah
selepas 7 tahun berikutnya 2013 hingga 2020 ( juga 7
tahun ) kita telah tua kerana terpaksa menunggu 14
tahun akan datang untuk kembalinya turun hujan untuk
kita memeras anggur lagi.Takut-takut kita jauh
tertinggal di belakang dan sejarah telah
membuktikannya!


Sumber: Kiriman e-Mel sahabat

No comments:

Post a Comment