Monday, January 1, 2007

'MEMBANTU" ORANG NAZAK

Assalammualaikum,

Pada hari Sabtu lepas (03 Sept 2005) Surau Darussaadah
di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum
mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.
Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang
ingin saya kongsi bersama rakan2
sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah
dalam'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut.
Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang
tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam
(setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).
Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah
nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz
sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan
segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang
sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alqurannya baik (dari
segi tajwid)untuk membaca surah Yasin- yang lain2 bole
bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak atau
pun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih
pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah
Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan
mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan
nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti,
dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila
ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4
kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap
"Laa ilaha> illallah"lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas
yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan
kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita
dalam menghadapi sakaratul maut. Dan smoga kita
mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlmmembuat
amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2
melalui ikutan adat.

Amiin.

Wassalam.

Wednesday, December 27, 2006

UTAMAKAN BERKAT

METRO AHAD
13 OGOS 2006
Utama berkat

SETIAP orang Muslim wajib mengetahui lima Rukun Islam dan asas Fardu Ain. Namun, kita tidak dikehendaki untuk mempelajarinya secara terperinci kerana itu adalah tugasan khusus seorang ilmuwan Islam.

Begitu juga hal berkaitan zakat. Sebagai seorang Muslim, kita perlu mempelajari selok-belok bagi menunaikan zakat bagi harta yang diperolehnya dan bagi seseorang usahawan pula, antara perkara yang perlu mereka ketahui ialah:
• Mengetahui kewajipan zakat perniagaannya.
• Transaksi jual beli yang sah mengikut syariah.
• Sensitiviti terhadap barangan yang dijual atau diperbuat supaya tidak membantu kepada industri haram.
• Pengetahuan berkaitan riba dan perangkapnya kerana isu nba kerap timbul apabila sebuah syarikat memerlukan wang modal bagi menjalankan perniagaannya, seperti mendapatkan produk pinjaman dengan rasuah.
• Kemudahan yang disediakan oleh perbankan Islam untuk menjana kekuatan syarikatnya. Ini penting supaya tidak terjebak clalam kemelut riba yang diharamkan.

Seluruh kepemimpinan Muslim di dalam syarikat perlu menyedari bahawa tiada lagi alasan ‘darurat’ atau ‘terpaksa’ untuk mengambil apa juga produk kewangan konvensional sambil mendakwa tiada produk Islam boleh digunakan.

Ini adalah satu perkara yang sangat penting bagi seseorang kepemimpinan korporat Muslim untuk memastikan Seluruh transaksi perniagaan, pelaburan, sumber kewangan dan kegunaannya mengikut landasan syariah.

Jika tidak, perniagaannya pasti akan ‘kering’ daripada berkat serta lahirlah kakitangan bermasalah yang tidak amanah dan membawa ke arah keruntuhan sesebuah organisasi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada seorang hamba Allah yang dilantik menjadi pemimpin, kemudian ia tidak (menggunakan kedudukannya) menasihati dan membawa rakyatnya kepada kebaikan (dan Islam), kecuali Allah akan mengharamkan baginya syurga” (Riwayat Muslim)

Pengurusan syarikat juga perlu memastikan semua pekerja mereka diberikan hak
sewajarnya, terutama untuk menunaikan solat fardu dan solat Jumaat, manakala bagi syarikat besar yang menawarkan kemudahan pinjaman kereta dan rumah, saya nasihatkan supaya memastikan semua pembiayaan dibuat secara Islam bagi setiap individu Muslim.

Jika sesebuah syarikat itu menggunakan pinjaman secara konvensional, mereka masih lagi mempunyai jalan keluar dengan ‘refinance’ atau membuat pembiayaan semula dengan bank Islam yang semakin banyak hari ini.

Ketika ini, saya pasti kebanyakan bank Islam menyediakan kemudahan penukaran produk konvensional kepada cara Islam.

Penukaran ini penting selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW: ‘Tinggalkan apa-apa yang kamu ragui kepada yang tidak diragui.” (Riwayat At-Tirmidzi, An-Nawawi: Sohih)

Sehubungan itu, diingatkan yang bank Islam hari ini sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana syarikat korporat besar atau kecil untuk menukar pinjaman perumahannya kepada pembiayaan perumahan Islam

Malah, mereka sentiasa bersedia membantu untuk memperbetulkan sesuatu model perniagaan sesebuah syarikat yang dijalankan secara tidak Islam kepada cara yang bertepatan dengan syariah.

Seorang ketua syarikat juga mesti mengetahui apa yang halal dan haram dalam urusan kerja pekerjanya.

Sebagai contoh, sebuah syarikat cetakan ditegah oleh syariah untuk menerbitkan sebarang bahan yang memaparkan gambar yang menaikkan syahwat lelaki dan menghampirkan kepada zina.

Ketua syarikat juga perlu memahami untuk din sendin dan menasihati pekerjanya dalam hal keikhlasan dalam kerja, penjagaan waktu kerja yang sempurna, tuntutan bayaran yang benar, rasuah yang kerap berlaku, peratusan haram hasil anugerah kontrak kepada kontraktor pilihan dan banyak lagi.

Kita sering bertemu pekerja yang sarapan paginya sehingga 30 minit kerana berbual panjang. Mereka tidak sedar tindakan mereka melayakkan untuk tergolong dalam sebuah athar: “Setiap daging yang terbina daripada harta yang haram, maka neraka adalah lebih layak untuknya.”

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai seseorang hambanya yang apabila membuat sesuatu pekerjaan, maka mereka sentiasa memperelokkannya’ (Riwayat Ibn Majah dan At-Tabrani-Hadis Hasan)

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zaharuddin.com.

Saturday, December 23, 2006

Keluhan Engineer Proton

From: "Mohd Luqman" Mohd_Luqman@Jabil.com


askum, ni ada sorang hamba Allah yg nak menjawab persoalan2 yg
dilontarkan terhadap proton, up to u to believe it or not..

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang
lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan
mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok
tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D
PROTON.

"Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya
kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu
tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di
pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..
manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah
dengan
kereta lain juga."

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu
tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka
suka je. Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang
dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.
Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter.
1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi
untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak...
hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari
Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan
dekat 20 acuan. Bayangkan lah
4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang
volume kecil, kita beli dari luar.
Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100% body dibuat di
Malaysia.

"Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya
milik
kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi
adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang
sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah
boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya."

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot
enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk
Isawara,
Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia
dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh
jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan
teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit.
Naza,
Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan
mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya
sekejap.
Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek.
Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak
tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri... orang masih
tidak percaya. Itu lah masalah orang kita... memandang rendah kebolehan
anak negara sendiri.

"Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal.
Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton
terpaksalah
mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton.
Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan
teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang."

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan
kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi
teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan
orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab
nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila
saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula
menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nak ikat
royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu
sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi
dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita
ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik... laju je dia
orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula
bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama diaorang fed up dan
mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan
masuk balik ke Malaysia.

Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang....
Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham
dia orang kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia.

"Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan
pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta
lain.. tukar lambang je.."

Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita
belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang
terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa
ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita
menggunakan khidmat penasihat dari UK.

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke
Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi
modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share
sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja.... Tapi ada
orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford
Laser dan Mazda
323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia
yang
buat begitu... orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang
tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.
Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira... masa tu
Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta
dia... Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak
designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk
dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi
lancer... hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya
menunjukkan kita bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran
macam itu.

Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik
modal
pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat
Perdana....
Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta
dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan
belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi
kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan
lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu
melakukan
kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan
kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika.
Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design
kereta
bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari
luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf dengan kebolehan
mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan.
Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya
sedikit
sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang
didesign sendiri.

o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan
Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan
enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak
berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung
jawab.Contohnya... Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara
lama.
Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%.
Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile
High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang
kereta Savvy kemek kerana accident. Well...
kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident.
Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu... In
fact. Kukuh. Saudara saudari... Bila kita design kereta ni.. yang
paling
penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk
crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan
manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3
star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy
ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah
mereka pernah memandu Savvy.
Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada
secrecy
act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat
part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk
motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh
menceritakan sebab dasar secrecy kita.
Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu
yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok...
masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

"Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya
harus berlaku perkara sebegini.
Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa
20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D
proton
cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi
gagal
mendapatkan resepinya."

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa
dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan
pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam
dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin
tu yang susah.
Transmition yang paling susah. Untuk info lah... kami masih lagi dalam
proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat
karipap tau.

"Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif
yang sebenarnya. Dimana silapnya?
Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul
dan
berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai."

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja
terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah
Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat
ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya
di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita
menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita
pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton
bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua...bekas Proton, Head of
Styling...bekas Proton, Head of Planning...bekas Proton, Head of
Production...bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza),
Head
of Engineering Services...bekas Proton. Ratarata mereka yang senior
dekat sana dari proton. We trained them... orang lain ambil cara senang
je.

Naza pulak.. Head of R&D....bekas Proton. Head of Production...bekas
Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan... Head dia pun bekas
proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu kira head je...bukan
lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk
memajukan orang-orang kita.
Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly
didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So... orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant
luar negara... dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita
kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta
anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding
diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau
mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah.
Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak
anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?

"Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya
telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian
tamat. Ibarat kata..
berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak
lagi..
nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri
dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..
kalau dah tak boleh tutup aja..."

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada
negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah.
Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk
negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... berapa
banyak kaki tangan Proton...
8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk
membuat part Proton...100,000 orang.
Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang
naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak
membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan
bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0... Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada
yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga
kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti
import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import
tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas
cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam
Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa
kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik
kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke
Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000.
Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta
yang
pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu
baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga
kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai.
Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang
belum
tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton
sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya
milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau
sewaktu dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah
yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat
Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni.
Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain
lebih
elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh... Thailand
membuka pintu mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat.
Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari
yang dijual dalam negara nya.
Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.
Nak cari kereta yang bukan dari Korea...susah.
Sebabnya...

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan
pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu...
nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat
mereka
tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada
sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things
can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1
billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil
untung. Kilang enjin lagi mahal... tapi kita korbankan keuntungan
kerana
kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar
dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk
kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100
tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang
mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh
jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat.
Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang
banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan
teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya
boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu
la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah
satu sebab isu AP
keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal
memang agak sukar.

Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita
tengah
develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah
satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada
negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang
negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh
perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan
kita
nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara
lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka...
kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta
mereka
ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi
tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.
Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat
kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.
India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi
nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea...
Kita
nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti
kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita... apa yang nama lain
selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German....
Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta
German
untuk kereta buatan Malaysia.

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi
taraf
kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma
design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Proton
sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan
teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil
untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance
Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang....
Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class
upper.
1st class berlambak. Selepas berpengalaman... Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak
mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara
dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang
industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam
bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak akan
tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati.
Sabotaj pun Proton dah biasa kena....
Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau
lama. Yang kena komplen... proton.
Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi.... Tak
ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy... check
performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap
je... test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual....
Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear...
swith to auto. Nak main ciluk-ciluk... switch to manual. Errr.. siapa
kata kita guna tecnology 70an?

Wednesday, December 13, 2006

DISCOVER THE 90/10 PRINCIPLE

Discover the 90/10 Principle.

Author: Stephen Covey


It will change your life (at least the way you react
to situations).

What is this principle? 10% of life is made up of what
happens to you. 90% of life is decided by how you
react.

What does this mean? We really have no control over
10% of what happens to us.

We cannot stop the car from breaking down. The plane
will be late arriving, which throws our whole schedule
off. A driver may cut us off in traffic.
We have no control over this 10%. The other 90% is
different. You determine the other 90%.

How? By your reaction.

You cannot control a red light. but you can control
your reaction. Don't let people fool you; YOU can
control how you react.

Let's use an example.

You are eating breakfast with your family. Your
daughter knocks over a cup of coffee onto your
business shirt. You have no control over what just
happened.

What happens next will be determined by how you react.
You curse.

You harshly scold your daughter for knocking the cup
over. She breaks down in tears. After scolding her,
you turn to your spouse and criticize her for placing
the cup too close to the edge of the table. A short
verbal battle follows. You storm upstairs and change
your shirt. Back downstairs, you find your daughter
has been too busy crying to finish breakfast and get
ready for school. She misses the bus.

Your spouse must leave immediately for work. You rush
to the car and drive your daughter to school. Because
you are late, you drive 40 miles an hour in a 30 mph
speed limit.

After a 15-minute delay and throwing $60 traffic fine
away, you arrive at school. Your daughter runs into
the building without saying goodbye. After arriving at
the office 20 minutes late, you find you forgot your
briefcase. Your day has started terrible. As it
continues, it seems to get worse and worse. You look
forward to coming home.

When you arrive home, you find small wedge in your
relationship with your spouse and daughter.
Why? Because of how you reacted in the morning.

Why did you have a bad day?

A) Did the coffee cause it?
B) Did your daughter cause it?
C) Did the policeman cause it?
D) Did you cause it?

The answer is D".

You had no control over what happened with the coffee.
How you reacted in those 5 seconds is what caused your
bad day.

Here is what could have and should have happened.
Coffee splashes over you. Your daughter is about to
cry. You gently say, "Its ok honey, you just need to
be more careful next time". Grabbing a towel you rush
upstairs. After grabbing a new shirt and your
briefcase, you come back down in time to look through
the window and see your child getting on the bus. She
turns and waves. You arrive 5 minutes early and
cheerfully greet the staff. Your boss comments on how
good the day you are having.

Notice the difference?

Two different scenarios. Both started the same. Both
ended different.

Why?

Because of how you REACTED.

You really do not have any control over 10% of what
happens. The other 90% was determined by your
reaction.

Here are some ways to apply the 90/10 principle. If
someone says something negative about you, don't be a
sponge. Let the attack roll off like water on glass.
You don't have to let the negative comment affect you!
React properly and it will not ruin your day. A wrong
reaction could result in losing a friend, being fired,
getting stressed out etc.

How do you react if someone cuts you off in traffic?
Do you lose your temper? Pound on the steering wheel?
A friend of mine had the steering wheel fall off) Do
you curse? Does your blood pressure skyrocket? Do you
try and bump them?

WHO CARES if you arrive ten seconds later at work? Why
let the cars ruin your drive?
Remember the 90/10 principle, and do not worry about
it.

You are told you lost your job.

Why lose sleep and get irritated? It will work out.
Use your worrying energy and time into finding another
job.

The plane is late; it is going to mangle your schedule
for the day. Why take outpour frustration on the
flight attendant? She has no control over what is
going on.

Use your time to study, get to know the other
passenger. Why get stressed out? It will just make
things worse.

Now you know the 90-10 principle. Apply it and you
will be amazed at the results. You will lose nothing
if you try it. The 90-10 principle is incredible. Very
few know and apply this principle.

The result?

Millions of people are suffering from undeserved
stress, trials, problems and heartache. We all must
understand and apply the 90/10 principle.
It CAN change your life!!!

Enjoy.

Tuesday, December 12, 2006

PENINDASAN DAN MONOPOLI BUKAN CARA ISLAM

Dewan Ekonomi Julai 2006

Penindasan dan Monopoli Bukan Cara Islam

Secara konsepnya, Islam telah menetapkan garis panduan pengurusan ekonomi bagi memastikan kesejahteraan hidup manusia dan seluruh makhluk di dunia. Ekonomi Islam bukan sekadar menguruskan dana atau kewangan, tetapi turut merangkumi pengurusan sumber tenaga manusia, sumber alam dan memakmurkan kehidupan di alam ini.

Semua sumber ekonomi bukan menjadi hak mutlak manusia, sebaliknya sekadar dipinjamkan kepada manusia untuk diuruskan. Sebab itu pengurusan sumber ekonomi perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan pemiliknya, iaitu Allah yang menguasai seluruh alam ini. Hal ini mudah difahami kerana manusia sendiri adalah hambaNya.

Sebagai pengurus sumber, manusia dipertanggungjawabkan mengurus, menggunakan dan memanfatkan sumber ekonomi untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan pihak lain yang berhak memperolehnya. Kekayaan yang dimiliki bukan menjadi hak mutlaknya.

Sistem perekonomian Islam mengutamakan kesejahteraan hidup dan menolak sebarang ketidakadilan yang wujud disebabkan kerakusan mengejar kekayaan. Banyak individu dicela disebabkan kekayaan yang dimiliki. Peristiwa Qarun dibenamkan ke dalam bumi bersama-sama kekayaannya memberi peringatan agar manusia tidak bongkak dan terlalu mencintai kekayaan.

Segala kekayaan dan pendapatan yang diperoleh menerusi usaha yang dilakukan di dunia ini hanya sebagai pinjaman. Tidak ada orang yang dapat membawa harta yang dimiliki di dunia ini ke alam akhirat. Sebaliknya, manusia menuju ke alam akhirat sekadar berbekalkan amalan yang dilakukan dalam bentuk pahala dan dosa.

Sebab itu tidak berbaloi bagi seorang yang beriman melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat dalam pengurusan harta, semata-mata kerana sayang atau cintakan kekayaan. Kekayaan perlu dicari dan digunakan sebagai memegang amanah Allah agar manusia memakmurkan muka bumi.

Sesiapa yang berusaha mencari kekayaan dan kesenangan hidup di dunia kerana mematuhi tuntutan agama dan melakukan perkara yang disyariat, dialah orang yang beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Allah S.W.T memerintahkan manusia mencari kebahagiaan hidup di akhirat, tetapi tidak melupakan kesenangan hidup di dunia.

Tuesday, December 5, 2006

AIRASIA FOUNDER LIKES WORKERS TO SPEAK UP

Dowjones News

WSJA(5/29) AIRASIA FOUNDER LIKES WORKERS TO SPEAK UP

(From THE WALL STREET JOURNAL ASIA)

Malaysian Tony Fernandes founded AirAsia, Asia's first
low-cost carrier, in 2001 and expanded the company by
setting up joint-venture airlines in Thailand and
Indonesia. Mr. Fernandes, 42 years old, graduated from
the University of London in 1987 with a finance degree
and in 1992 moved back to Malaysia, where he became
managing director of Warner Music Malaysia, and later,
vice-president of Warner's Southeast Asian operations.
He quit in 2001 to start AirAsia.

One of Malaysia's most outspoken business executives,
Mr. Fernandes not only has strong ideas on the way
airlines should be run, but also how Southeast Asia's
top-down corporate culture should change. He spoke to
reporter Cris Prystay about his style.

WSJ: What was your first job and what did you learn
from it?

Mr. Fernandes: My first job was a waiter in London at
the Cavendish Hotel. I was 17. I learned that working
was hard and you had to be professional, even as a
waiter. You had other colleagues. If my performance
was poor, it let down the whole team.

My first [career] job was as an accountant at an
auditor in London. It was mind-blowingly boring. I was
a junior auditor and was photocopying and adding up
rows of columns. The big lesson there: make sure you
go into a job that you enjoy. Otherwise, you don't
give any value to your employer, and you certainly
don't add any value to your own mind.

WSJ: Who gave you the best business advice?

Mr. Fernandes: It was probably Stephen Shrimpton (the
former chief executive officer of Warner Music
International) at Warner. I was a man in a rush. I was
28 when I became the managing director of Warner Music
Malaysia, and I wanted to be the regional MD. I wanted
to take over the world.

One night, Steve talked to me outside the Sheraton
Hotel in Hong Kong for three hours. He told me there's
no need to rush and that it's about developing my own
personality and making sure I'm ready for the next
job. I see that now: No matter how bright someone is
at 25, there's nothing like experience. He slowed me
down, and made me understand that you need to take
time -- to understand the business better, to
understand your people better.

WSJ: What's the one thing you wish every new hire
knew?

Mr. Fernandes: Humility -- and knowing what the real
world is like. The new generation is coming in pretty
soft. A lot of these young guys haven't lived through
a recession. There are plenty of jobs out there and
they think, "I can always walk into another job." The
hunger and determination to do their best is sometimes
not there.

WSJ: Is there a difference between the management
culture in Asia and the West?

Mr. Fernandes: The management culture here is very
top-down. There's less creativity and fewer people who
are willing to speak out. They're more implementers
than doers. There's less freedom of speech, and that
impacts the business world. Even when they know things
are not right, they won't speak out. They just do what
they're told to do.

WSJ: What's the biggest management challenge you face?


Mr. Fernandes: To get people to think. At AirAsia, we
want 4,000 brains working for us. My biggest challenge
is to get people to talk, to express themselves, to
get people to challenge me and say "Tony, you're
talking rubbish." That's what I want, not people who
say "Yes, sir." The senior management doesn't have all
the answers. I want the guy on the ramp to have the
confidence to tell me what's wrong.

WSJ: What are you doing to clear that hurdle?

Mr. Fernandes: We have no offices. We dress down. You
wear a suit, and you put distance between you and your
staff. We're on a first-name basis. I go around the
office, around the check-in desks, the planes
constantly, talking to people. Fifty percent of my job
is managing people in the company. You get people to
open up to you by just asking them to do it, and then
responding to them. You don't send a memo, or do some
"speak up" incentive program. It's got to be from the
heart.

WSJ: What was the most satisfying decision you've made
as a manager?

Mr. Fernandes: Once a month, I carry bags with the
ramp boys, or I'm cabin crew, or at the check-in. I do
this to get close to the operation. I also want to
know my people. When I first started this, I met all
these bright kids at the check-in or carrying bags. We
were starting this cadet pilot program, and I said,
"Let's open it up to anyone. Let some of these kids
apply." They have the brains, but they just didn't
have the money to get the education. Out of the first
batch of 19 cadets, 11 came from within the company.
Some of these boys got the highest marks ever in the
flying academy. There was one kid who joined us to
carry bags, and 18 months later he was a First Officer
of a 737. Can you imagine what that does for the
motivation in the company? Everyone talks about
developing human capital, but we did it.

(END) Dow Jones Newswires

May 28, 2006 17:30 ET (21:30 GMT)

Copyright (c) 2006 Dow Jones & Company, Inc.

Monday, December 4, 2006

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

AL 'ASR
(The Time)

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.

1. By (the Token of) Time (through the Ages), 2. Verily Man is in Loss, 3. Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

Extract from:
THE HOLY QUR'AN Original Arabic Text, with English Translation & Selected Commenteries by 'Abdullah Yusuf 'Ali. Published by SABA ISLAMIC MEDIA SDN BHD
Web site: http://www.saba.com.my


Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat juga "ke udara" di alam siber buat tatapan peribadi dan semua yang sudi menjengah. Idea asal bermula apabila saban hari menerima kiriman e-mel daripada kenalan tentang pelbagai topik terutama berkaitan Agama, Kewangan, Kepenggunaan, Isu Semasa dan pelbagai lagi. Terfikir alangkah baiknya dihimpunkan (yang bagus-bagus sahaja!) dalam sebuah blog. Mudah nak cari balik untuk rujukan pada sebarang masa. Namun blog ini masih dalam perjalanan...namanya pun blog mesti sentiasa kena up-date dari masa ke semasa. Selamat membaca, semoga ada manfaatnya. Sebarang komen amatlah dialu-alukan. Sila klik pada comments (di atas artikel).

Terima kasih kepada empunya idea asal setiap artikel yang disiarkan. Izinkan perkongsian ini untuk kebaikan kita semua. Tak lupa kepada penyumbang/ pengirim budiman. Terima kasih daun keladi.

*Untuk membaca ikut kategori: Klik pada 'Labels' di akhir artikel.